Thursday, April 21, 2016

Tips memulakan perniagaan atas talian (online)

Harini, put nak berkongsi tips atau cara untuk newbie kat luar sana yang nak mencari duit lebih. Almaklumlah, 2016 nie semua naik harga, dengan kos sara hidup yang tinggi, kita perlu sahut seruan menteri supaya membuat kerja lebih dari 1. Chewahh.. Tapi nie tips untuk newbies tau, yang dah pakar jangan baca.

Put tak lah otai pon dalam bidang nie, baru 4 tahun dan masih kurang ilmu pengetahuan tentang perniagaan. Oleh kerana put masih lagi bawah jagaan mak ayah, put tak boleh pergi mana-mana seminar. Lepas kahwin nanti baru boleh pergi dengan suami. Takpe... kita belajar secara atas talian, untuk sapa-sapa yang senasib. jangan risau, kita boleh beli buku dan bahan rujukan lain. Insyallah...

Ok, berbalik pada tajuk diatas.

TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN ATAS TALIAN  

Agent Dropship.
Jika anda tiada modal yang banyak, put cadangkan anda join dropship product yang anda betul-betul minat dan boleh jual. Seeloknya anda dalami product yang ingin dijual, perlu ada soul dalam perniagaan. Bila promote tue , ceritakan pengalaman anda sebagai pengguna, insyallah berhasil. Elakkan jual terlalu banyak product pada awal perniagaa, cukup dengan product yang anda betul-betul faham. Perlu diingatkan, dunia perniagaan ni, x semudah disangka. jangan lah kerena kita promote takde orang beli dan like kita terus give up. nanti kita ajar teknik macamana nak pikat hati customer melalui bait-bait caption. Tapi sebagai dropship, put sarankan korang try test sendiri produk korang jual, then korang tangkap gambar sendiri dan buat research sikit, jangan terlalu minta suap dengan leader.
PS : put ada open dropship untuk nudeskinz dan dermaroller. Boleh whatsapp put di +601126240609 jika betul-betul berminat dan mempunyai semangat yang kuadd..


Product.
Kalau anda ada modal lebih, boleh jadi agent sesatu product tue, kalau ada banyak lagi duit bolehlah jadi stokis terus, tapi kene pandai recruit orang bawah juga. supaya product cepat terjual. tak kesahlah produk apa yang dipilih, margin rendah atau tinggi. Nak jual tudung ke, nak jual baju ke, lens ke skincare ke. x kesah asalkan kita ada minat dan ilmu. Walillahi put da try banyak kali jual barang put x minat, memang x jadi apa. akhirnya tersimpan begitu saja. RUGI!


Alhamdulillah, pada tahun keempat nie, put dah berjinak-jinak jual product sendiri iaitu set skincare untuk rawat kulit. which is NUDESKINZ.Product put nie baru keluar on january, masih baru lagi. kalau ada masa bolehlah jenguk ya??


Modal 
Nah.. kalau boleh, elakkan buat pinjaman di awal penglibatan dalam bisness. bukan apa, takot anda hilang semangat nak bisness.. mane tak nya, asyik bayar hutang, untungnya tak nampak. mood akan down dan akan mudah hilang arah. Kalau ada sikit kita mulakan dengan sikit, put 4 tahun lepas mulakan perniagaan dengan RM160 sahaja, beli mask hitam kat daiso.



Supplier
Ni antara benda penting, sebab apa? kalau salah pilih supplier duit lesap kau pon kecundang. Oleh itu study betul-betul. jangan main pakai beli je, sekarang boleh tahan ramai scammer, lagi satu elakkan MLM pada awal penglibatan perniagaa, bukan apa. orang atas kaya, pakai kereta besar semua, yang kau mampu bergambar jela kat kereta dorang. nak join MLM kalau duit beribu dialukan. sebab apa? sebab cepat dapat duduk atas. 

Graphic dan ayat promo.
Teknik gambar dan ayat promo nie, antara salah satu benda yang utama korang kene titik beratkan. bukan apa, cuba kalau gambar kelabu jelas xjelas, caption pon macam orang xtahu apa-apa atau erti kata lain ala kadar. percayalah.. orang xkan mudah tertarik. belajar cara ambil gambar dengan jelas dan teknik tulis caption yang betul. do some research before start bebeh. Dont forget to be creative, guna otak betul-betul dan jangan cepat kata kat diri sendiri, aku tak mampu. memang xkemana lah sayang oih..


Testimoni.
Testimoni sangat-sangat penting untuk menarik minat customer untuk mencuba product kita, kalau ada artis atau insta famous pakai product kita itu bonus. tapi put dah serik bagi sebab end up kita macam pengemis nak suruh dorang upload product kita kat page dorang. Jadi gunakan real testimoni, minta jasa baik pelanggan anda selfie dengan product, upload kat instagram atau facebook, bagi potongan harga utk next order kalau dorang bagi kerjasama. Kalau jenis yang jual tudung, minta jasa baik customer share feedback dorang pakai tudung awak, kalau jual minyak rambut, suruh dorang selfie sambil pegang rambut :p lagi banyak testimoni, lagi tinggi peluang untuk menambat hati customer.



Teknik Pukau.
kita tak perlukan bomoh di alam maya, cukup dengan post gambar berkaitan product berulang kali dengan graphic yang berbeza-beza. mula-mula susah sikit, lama-lama pandai lah nanti. berikan idea dan tips untuk pelanggan, dan selitkan kebaikkan product kita sekali. bak kata orang, sambil menyelam minum air.
Biar orang bare in mind yang kita nie peniaga. dan ingat sentiasa produk kita. buat dorang rasa eh rugi kalau xbeli nie, tapi ingat.. jujur dalam perniagaan.. jangan tipu customer dgn tak pos barang pulak. 


Packaging, dan pembungkusan.
Pastikan cara kita bungkus tue, customer akan dapat dengan selamat tanpa kerosakkan. bukan apa, kadang kita rasa macam da cukup secure, tiba-tiba pecah or terbuka. Kan da rugi, kene ganti baru. Gunakan pembalut bubble dan selotip, balut dengan kemas dan pastikan alamat customer tue betul. Pastikan lepas pos barang, jangan buang slip dan tracking no, incase barang xsampai..korang boleh checkkan. Oh, pelbagai service curier sekarang dah ada kat malaysia, ada pos laju (paling top) then ada skynet, easy parcel, citylink, airpark, dhl, fedex dan lain-lain. Put sendiri menggunakan perkhidmatan pos laju since day 1 put meniaga. Alhamdulillah.. walaupon kadang-kadang slow.. tapi itulah yang paling murah dan dipercayai.


Akaun bank.
Akaun bank paling common orang guna adalah, cimb dan maybank. dan make sure korang activekan online banking supaya senang nak check customer masuk duit betul ke tidak, sebab orang sekarang makin bijak menipu. ala, buka account dalam RM250 je.duit tue dapat balik pon.


Customer Database.
My big mistake dulu sebab amek mudah, padahal macam-macam boleh buat dengan database nie.
Database tue ape? nahh put pon baru belajar benda nie selepas 4 tahun, database nie info pasal customer untuk kita guna untuk adakan promotion atau info product. tapi paling tidak pon simpan je whatsapp no.tapi sangat penting tau untuk korang simpan data customer untuk rujukan masa akan datang, contohnya tiba-tiba ada customer marah-marah cakap dia guna produk kau then muka dia hodoh, rosak. then dia suruh kau bank in kat dia duit, kalau takda database macamana nak check berapa kali dia beli dan dia betul-betul tak menipu. base on my experience kene kelentong dgn customer macamnie, beli 1 set tapi cakap 1 keturunan pakai muka rosak, dato nenek, mak tiri semua, officematte.. end up bila check da setahun beli lepastue sekali je pulak tue. Database boleh dibuat menggunakan excel. 
Detail penting untuk database ape?? pernah x beli barang kat lazada ke zalora ke? pernah? detail time dia suruh kita sign up itulah database.

Akaun jualan / belian.
hehehe.. memang malas sebenarnya nak buat lagi-lagi kalau dah tinggal berminggu, lenguh bak hang. buat nie secara consistent, jangan jadi macam put, put pemalaihh. ala buat akaun simple ja. untuk rujukan bulanan, senang nanti kira untuk bayar zakat. Perkara penting dalam account jualan adalah (date, customer detail, item, price, cost, postage, untung bersih, tracking no, ref) manakala detail penting dalam acc belian adalah (date, produk, supplier, baki ditangan, restock item, total, price, ref)


Semangat dan konsistent
2016 nie, seperti yang kita tengok..memang ramai usahawan berjaya dan ramai juga usahawan baru yang menceburi bidang perniagaan online ni, tak dinafikan sukar untuk menapak dan bersaing dengan otai-otai lama yang dah stabil dan bermula 5-6 tahun lepas, time tue tak ramai lagi yang meniaga, orang pon percaya xpercaya. Semangat kene kuat gaiss.. then kene konsistent, jangan skip pos, biar orang ingat dan lekat kat otak produk yang awak jual.sehari make sure 3-4 kali pos pada waktu kemuncak. apa itu waktu kemuncak? put akan share di next entry.





LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT