Tuesday, May 27, 2014

Cara Cuci Muka yang Betul

Holla! Assalamualaikum....

Bismillahhh.. haritu ramai tanya cikput macamane cara cuci muka yang betul, sebelum tue put nak tanye sehari berapa kali korang cuci muka korang dgn pencuci muka ?? haaa... korang guna pencuci muka ape? Share jum!!

Currently put still guna set penjagaan muka Flawless Skincare yg korang kalau nak terai, boleh dapatkan daripada put sendiri..Put tersangat sesuai pakai skincare nie,ramai dah cuba dan terus jea stick dengan this skincare, banyak testimoni original dari kita tau tapi harus dimaklumkan... xsemua skin sesuai dengan semua skincare.. jadi kalau rasa xsesuai guna sesuatu product, just berhenti.. Okay?? Jangan meroyan yea.. haha..

acah-acah model flawless.. hahahah

nie latest set, ada toner non alcohol


Baiklah.. harini put nak share, cara cuci muka yang betul, kekadang kita nie cuci muka ikut dan je kan? alah sental jelah senah oiii asalkan rase bersih... Rasa bersih tue betul-betul bersih ke?? haaaa.....

first let me take a selfie 1st LOL.. hahaha

Okay mula-mula korang kene cuci tangan korang dlu dengan sabun, make sure tangan da betul-betul bersih..nie tak bangun tidur, da garu sana sini, boleh terus je pegang muka.. euwwww

Bismillah dulu, amek berkat, nak berkat lagi selawat dalam hati oke? Rambut kalau panjang make sure ikat atau pakai scarf... macam contoh gambar kat bawah nie


Basahkan muka korang dulu dengan air suam, suam ya bukan panas.. pakai air biasa pon boleh kalau rumah takde heater ye? kalau guna pencuci bentuk cecair just picit sikit kat tangan atau buihkan..macam put, put guna sponge magic untuk muka.. memang elok dan rasa lebih bersih, kenape magic?? sebab white head memang tak hadooo, bila white head takde, black head apetah lagi.. dan jerawat pun tak hado.. jerawat time period tue cito lain yo!

benda atas nie korang nampak maccam lesung batu kan? tapi sebenarnya dia sponge super lembut dan faham kulit muka kita.. haa.. memahami sangat tau!
credit picture to glizglambudget.com


Baiklah.. macam put pulak guna sabun kan?? xkan nak picit kat sponge magic pulak, put pon just gosokkan sabun kat sponge yang basah tue.. then sapu rata2 kat muka ikut kaedah gambar kat bawah nie ya..

kalau guna sponge, guna la secara membulat.. dan slow2.. t zone tue korang fokus sikit..Jangan lama-lama sangat, nanti muka kering. Cukupla dalam 1-3 minit jea.

Selepas itu, cuci muka dengan air suam terlebih dahulu. Lepas itu, barulah cuci muka dengan air sejuk.
Kaedah nie utk membuka liang roma, dan menutup kembali dengan menggunakan air sejuk dari peti ais..
air sejuk boleh mengecilkan liang roma uolls.

Lap muka anda dengan tuala yang bersih. Kalau boleh sediakan tuala yang khas untuk muka sahaja.Jadi selalulah basuh tuala untuk mengekalkan kebersihan abadi.. wah gitchuuu... guna downy kasi bau wangii...aye uke!

Sekarang boleh gunakan toner.Spray toner rata-rata kat muka Ambil kapas, lepastu lap rata-rata.. Kenapa put lebih suka toner spray dari picit?? sebabnya.. lebih jimat dan hygiene.. Am i right?? Lap perlahan-lahan, sekali lagi beri perhatian di dahi dan t zone. Bila rasa sudah kena di semua bahagian, boleh buang kapas.

Biarkan muka kering sekejap dalam 1-2 minit.. sapu rata day cream / night cream korang.. Atau dikenali sebagai moisterizer.. kenape?? sebab nak mengekalkan kelembapan kulit korang! Jangan biar jea, nanti kusam!

Tips! Jenis kulit berminyak sangat memerlukan moisterizer tau, supaya lapisan muka tak kering..dan ada protection. Pilih yang sesuai dengan kulit anda.

Tips! Pagi-pagi seeloknya tak perlu cuci dengan pencuci, nanti hilang kelembapan semulajadi,, cukup dengan 2 minit cuci dengan air suam, dan 2 minit dengan air sejuk.. confirm fresh!!!

Sekian... Tamat.. k byeee..



LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT