Monday, November 26, 2012

KENAPA VITAMIN TIDAK BERKESAN

Assalamualaikum 
today, puteri buat entry nie khas untuk customer puteri.. bagi dorang guide line HOW TO CONSUME VITAMIN C IN A PROPER WAY.
Okay, 1st of all..I wanna ask u, adakah awak mengamalkan vitamin C 500mg organic tue??tak berkesan eh?? eh.. awak jangan salahkan penjual tue, kalau 10 pembeli, dan hanya 1 dari 10 yang tak berkesan, mesti ada sebab kan?? mungkin awak akan cakap

orang nie, tipu aku nie.. takde pape perubahan pon..

nie mesti dia punya testimoni, yang tipu punya.. edit sana sini..

eh! aku rasa penjual nie bagi aku vitamin c palsu..

kata seminggu da nampak berubahan.. pentipu betul!

dan awak pun terus jea berhenti makan..dan muka awak pon tak de perubahan... dan awak cuba product lain, dan mendapat result yang sama..tiada apa2 perubahan..

WHY?? KENAPA ???

Selepas saya kaji selidik, buat experiment atas diri sendiri dan tanya customer tue, korek2 rahsia dia.. then i got the solution...yelah kan, kalau saya sendiri makan, then customer lain makan elok, berkesan .. takkan dia takder pape perubahan ke arah yang lebih elok kan??

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..... (tarik nafas panjang dan dalam-dalam)

Nak tahu kenapa ? apa salah nya??

KES SATU;
Selepas mengambil vitamin, mata mudah mengantuk dan badan letih.

Golongan ini adalah golongan yang KURANG MINUM AIR ATAS ALASAN MALAS KE TANDAS. Jika ini berlaku pada anda, better jangan amik supplement kerana pengambilan supplement memerlukan banyak air demi penyerapan yang baik oleh badan manusia. Jika pengambilan biasa bagi kita ialah 2 liter air..keadaan ini hanya sesuai jika kita tidak mengambil apa2 supplement. Namun bagi pengamal supplement, pengambilan air perlu banyak demi menyahtoksik dari badan serta melancarkan penyerapan nutrien oleh badan. Pengambilan air juga membantu meningkatkan keperluan oksigen oleh tubuh. Badan akan mudah letih kerana kepekatan darah dan jantung memerlukan banyak tenaga untuk mengepam.

Experiment dilakukan ke atas diri sendiri.. puteri tak minum air yang cukup, hanya 2 gelas sehari, selama 3 hari.. dan hasilnya?? bibir kering, badan panas dan tidak bermaya, terus tumbuh cik jerry pemusnah ...

Maka kesimpulannya: kes pertama ini ialah kerana kekurangan air yang kritikal.



KES KEDUA
Tiada perubahan langsung

Setiap apa yang terjadi mesti ada sebab dan musabab namun berapa ramai antara kita yang melakukan MUHASABAH  atas segala yang terjadi dalam kehidupan sehariannya?
Ada satu kes yang saya study...mu customer tidak mendapat apa2 manfaat langsung dari pengambilan vitamin.Tiada perubahan, Setelah ditanya dan diselidiki...my customer ini adalah golongan peminum kopi yang tegar. Sehari mesti minum 3 cawan kopi kerana padanya kopi membantu dirinya menjadi cergas dan kurang mengantuk. TANPA disedarinya pengambilan kopi itulah yang memusnahkan vitamin yang sedia ada dalam badannya. Maka pengambilan supplement tidak akan memberi impak apa2 ke atas dirinya kerana vitamin banyak musnah disebabkan pengambilan kafein tadi.

Tidak kurang juga customer yang tidak mendapat manfaat kebaikan vitamin kerana tiada sikap istiqamah dan sabar. Sedangkan inilah yang dituntut dalam agama untuk berjaya dunia dan akhirat. Disiplin sangat penting dalam menjayakan istiqamah.

EXPERIMENT
Abang puteri, irwan shah.. peminat tegar nescafe yang mengandungi kaffien.. dia baru start consume vitamin c 1000mg .. selama 2 minggu berturut2.. dan dia minum nescafe selamba je, puteri dah nasihat, taknak dengar.. then tiada ape2 perubahan, jadi puteri suruh dia jarakkan pengambilan vitamin dan kaffien..
contoh : minum nescafe after 3-5 jam baru blh ambil vitamin C. dan terbukti... lubang-lubang dimuka bekas jerawat masa remaja, semakin mengecil dan kulit semakin cerah..



OK, puteri dah bagi contoh-contoh kes yang puteri dapat 
( tak banyak kes , sebab semua pandai urus diri & vitamin )
so puteri share dengan semua supaya kita sama-sama dapat manfaat nye.. hiks!

1. Tak suka minum Air Putih

Inilah masalahnya ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air putih dan tetapi  lebih suka yang bewarna dan berperisa. Puteri sendiri dulu jarang minum air, then bising bibir kering, jerawat halus tumbuh.tapi malas.. haaa. kenapa??

TAHUKAH ANDA? 

Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Nak gemuk ke?? tak nak kan??

SARANAN:
Saya  sarankan amalkanlah banyak minum air putih apabila mengamalkan pengambilan vitamin sekurang-kurangnya 2 liter sehari supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.

Saya tahu anda suka makan vitamin tapi pandai-pandailah aturkan atau boleh tanya beauty consultant iaitu saya ..saya bagi contoh macam makan ubatlah..anda patuh jer saranan doktor kan contonya 1 biji  3 kali sehari (anda patuh dgn arahannya kan )

 TAHUKAH ANDA?

Apabila anda makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air.

 SARANAN

Lepas nie  cubalah  agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja. At least lepas makan 1 vitamin, jarakkan pengambilan vitamin berikutnya selepas 1 jam.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin .

 TAHUKAH ANDA ?

Ini kerana kesannya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.

 SARANAN

Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.

Haaaa ini yang tak best dengar nie kan..mana boleh tak minum Kopi rasa tak bertenaga untuk mula hari2 yang mencabar..

TAHUKAH ANDA ?

Sebenarnya pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan. Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

SARANAN:

Cubalah untuk kurangkan pengambilan kafien..contohnya kalau dulu minum 3 cawan sehari..kurangkan 1 cawan sehari..kemudian perlahan2 anda akan terus melupakan minuman kesanyangan anda,di saat Vitale & Bcomplex menjadikan anda Bertenaga dan Ceria sepanjang hari..

5. Makan Vitamin Tanpa Ilmu Yang Betul

Makan Vitamin mesti tahu caranya  kerana ada sesetengah vitamin tidak boleh dimakan pada masa yang sama.

TAHUKAH ANDA ?

Kisahnya begini..
a) Multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu, Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
b)Vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.
c)Alfalfa & Vitamin AntiOksida  tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

SARANAN:

Adalah penting sewaktu membuat keputusan membeli mesti mengambil kira Perkara Pertama iaitu
-Vitamin Anda HALAL
-Vitamin Anda SELAMAT
-Vitamin Anda SEMIULAJADI
-Vitamin Anda  BERKESAN







LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

Monday, November 12, 2012

Homemade masker : Brown Sugar + Virgin Olive Oil

Assalamualaikum ^ ^

wah, berdentum-dentum bunyi mercun kat luar sana, yelah kan nak depavali.. Happy devapali kepada yang menyambutnya.. Muruku boleh anta kat rumah sikit ya.. hiks! Hari ini put bukan nak cerita kat korang pasal depavali ke ape.. put nak mengomel seperti tajuk entry di atas.. amboih.. speaking kan? homemade masker , brown sugar plus virgin olive oil..

maksudnya.. guna gula perang dan minyak zaitun yang masih dara ya.. wehuuu.. kalau tak dara camane? kalau tak dara pon boleh jugak.. >..< ok stop merepek!Senang jea yea abg-abg akak dan adik2 sekelian..Jum cikedout..

Bahan2:

2 tablespoon of brown sugar


2 tablespoon of virgin olive oil.


woot woot ! tanpa membuang masa, moh kita mulakan!

Cara2 :

Campurkan olive oil dengan brown sugar tue, kacau kacau kacau sampai sebati, sampai dia jadi macam pes tue.. then sapu kat muka, sapu sapu sapu rata-rata, muka leher.. gosok ikut circular motion  dengan jari jemari awak tue..ha.. gitu.. buat bulatan..


I told u, put takkan memandai-mandai.. tengok, omputih pun amalkan oke! dah siap? dah penuh satu muka kan? then relax, chill jap.. dengar lagu yang relaxing... dan biarkan mask tue tadi kat muka dalam 5 - 10 minit, jangan melebih sangat k.. yang sedang2 saja cukupla..



Cepat lari ke bilik air, (sebab tertido, dah terover masa) basuh dengan air suam.. SUAM EH! sambil tue gosok gosok... tepi hidung, bawah dagu.. kat pipi...dah bersih, lap muka dengan towel yang bersih.. dap dap je k? jangan over gosok sane sini.. ahahaha..

ok dah! siap.. korang akan rasa muka korang berminyak kan? sebab tak basuh dengan pencuci.. memang takyah korang.. sebab tue masker nie sesuai pakai before tido..
ish! jangan risau, muka korang takkan tumbuh jerawat la.... (kalau tumbuh jugak, tak tanggung k hihik ) bawak tido je... esok muka korang akan fresh.. olive oil nie bagus tau tak!penyanyi Nasir Wahab, guna olive oil sebelum tidur tau.. tengok muka dia, tak berubah walau da berusia.



kebaikkan :


Gula perang adalah mentah dan semula jadi, tidak diproses, dan tiada bahan pengawet kimia di dalamnya yang boleh merengsakan kulit anda. Gula perang diwarnakan dengan sirap pekat, tetapi ini tidak akan merengsakan kulit anda. Malah, gula perang diperkaya dengan vitamin B yang disebabkan kepada ceng yang telah ditemui untuk menjadi antioksidan yang indah untuk mencegah dan / atau membaiki kerosakan yang dilakukan untuk kulit anda dengan matahari dan persekitaran lain.

Gula perang akan menambah kelembapan kepada kulit anda dan juga berfungsi sebagai kekotoran yang menakjubkan pada kulit anda untuk membuang kulit mati, yang boleh menyumbat liang dan minyak dan bakteria perangkap. Segar, kulit nafas baru akan membuat anda kelihatan lebih muda dan membuka liang anda yang akan mengurangkan jerawat dan jerawat.

Minyak zaiton dara (EVOO) adalah pelembap yang indah semula jadi untuk kulit anda dan tidak akan menyumbat liang anda! EVOO sebenarnya ditambah kepada banyak produk penjagaan kulit yang anda gunakan pada setiap hari jadi mengapa tidak pergi lurus untuk sumber dan menyuburkan kulit anda dengan minuman cecair?

Sumber rujukan : GOOGLE



SELAMAT MENCUBA!!!!!!!




LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

Friday, November 9, 2012

HOMEMADE MASK : ALOE VERA HONEY MASK

Hai semua!!! lame dah tak menulis, busy banyak sekarang nie.. hoho.. Alhamdulillah.. Allah bagi rezeki :') Terima Kasih ! So dalam entry kali ni, puteri nak share 1 petua, boleh dikatakan petua lah.. walaupun bukanlah petua sangat..
LOSER! okay jum!!!




BAHAN-BAHAN

1 Tablespoon of pure Aloe Vera juice or pulp

1 Tablespoon of honey



kalau puteri kan, put amek dari pokok je aloe vera tue, tapi kalau honey, takkan nak amek kat sarang dia kan? nak mati?? hahahha... so beli je kat pasar pagi.. haa.. sape yang bangun pagi2 tue, rajin2 lah pegi pasar pagi yea.. put malas, nak tido.. :p Eh jap.. korang tau tak.. aloe vera tue ape?? haaa.. orang KL tue, tau x?? meh puteri tunjuk gambar meh

so dah tau kan?? :D yay!!! nie lah aloe vera / lidah buaya.. 
blh dptkan kat dpn rumah puteri.. mai lah... sebatang 10 hengget .. lariiiiiiii:p




CARA-CARA

Campurkan 2 bahan bersama-sama dalam mangkuk. Setelah dicampur sama rata, biar dalam mangkuk tue, dalam 10 minit, (supaya sebati) then, bolehlah apply kat muka, leher dan belakang (kalau ade jerawat kt leher / belakang lah). Biarkan selama kira-kira 15 minit kemudian bilas dengan air suam dan tuala (tuala yang bersih ya)



KEBAIKKAN


Mask ini adalah sangat mudah untuk membuat dan menggunakan dan benar-benar membantu melegakan kulit anda semasa jerawat tengah kembang. Sesiapa yang mengalami bengkak, kegatalan, kemerahan, atau jerawat akan mendapat benefit daripada menggunakan topeng ini. Aloe Vera, dalam bentuk semula jadi, telah dikenali untuk membantu mengurangkan kesakitan dan mengalami selaran matahari tetapi banyak syarikat-syarikat penjagaan kulit telah mula menambah Aloe vera untuk produk penjagaan kulit kerana ia benar-benar membantu membaik pulih kulit dari jerawat.

Madu dimuatkan dengan ciri-ciri anti-mikrobial dan adalah antioksidan semula jadi. Madu melawan jangkitan mikrob yang menyebabkan jerawat tanpa kulit menjengkelkan anda. Madu juga menarik keluar kekotoran dari liang anda yang biasanya akan tinggal tersumbat, membarah bakteria yang menyebabkan jerawat. Ia juga akan membantu memulihkan tekstur kulit anda danmengurangkan kerosakan yang dilakukan untuk kulit anda oleh matahari dan persekitaran harian anda datang dalam hubungan dengan.

Selamat mencuba ^ ^



LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT