Wednesday, October 17, 2012

KATA HATI


Alhamdulillah untuk hari ini Ya Allah,
Terima Kasih
Kurniaan yang kau beri begitu hebat
Dugaan yang datang juga, tak nak mengalah.
Terlalu kuat.

Kadang-kadang.
Bila aku jatuh,
Meskipun belum tersungkur,
Ada saja tangan yang menyambut,
Betapa kau kasihkan aku Ya Allah.

Kau datangkan mereka,
Pari-pari kecil yang menjadi sumber semangat,
Berbisik, berkata 'kau mampu put kau mampu'
Lalu naluriku berkata juga,
Kau boleh jika kau cuba.

Kata hati ada benarnya juga,
kau boleh jika kau cuba,
jika kau rebah,
mungkin itu bukan jalannya.
Bangun, dan mulakan semula,
Bukan jalan itu, mungkin jalan yang berbeda.


LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT