Saturday, February 11, 2012

SURPRISE BIRTHDAY !

Assalamualaikum! 
yuhuuu... ^ ^

im just can't stop smile. just a sweet day. -_______-" pheeewww.. lega..! tue status bbm saye hari ini, kenapa? ha meh baca sampai habis. kalau anda bace sampai habis, anda sangat ohsem.. ohsem itu apa? ohsem itu cool!:p

Semalam, 10 February 2012. cadang-cadang nak masak sebab malas makan luar tau! so gigihlah masak nasik semua, tetiba Alid call, suruh teman dia beli belt kat bb. Kemain nak malasss lagi, bagitau hakim. die menyokong suruh pergi. then i say.. okay la.. kol 4 kitorang keluar. ^ ^

Dalam kereta saye tanye Alid, "kau nak beli belt ke?'' relax die cakap," takder la.. aku nak ajak kau lepak. "
actually saye tak berapa sihat. so tak larat sangat.. saye banyak diamlah.,. sebab tak larat. boring sebab akeym busy.. dia tak mesej saye.. harapkan bbm.. kadang-kadang takder nafsu nak layan ^ ^

Alid cakap, " malam nie kite pergi akad nikah kat rumah akeym" saye cakap "akeym tak cakap pape pun..acane la? " #Frust sikit . takperlah pergi jela nanti.

Jam menunjukkan pukul 8.54pm. dah lewat nie, kenapa taknak balik kate nak pergi umah akeym. nak jumpe die actually, excited. >..< then sekali Alid cakap, tayah pergi. pergi esok jea. Then what else i can say, just walk slowly *kaki nak patah* bejalan jauh gila... lepas tue kereta Alid kene bayar parking sampai RM20 sebab pergi park kat valley! kih kih kih!

10.00 malam - dalam kereta
Alid :  
kita pergi sunway, amek fon aku dulu k.
Aku :  
tanak la, aku nak balik
Alid : 
ala lek lu put.. ak tanak anta kau..
Aku : 
hampa.. -________-"

sampai kat sunway! wah.. sunway, first time datang, *jakun terus* hahahaha! adik Alid, Zahid nak belanje makan kat Haagen Dazz. Sedappnye.. dalah tak pernah makan, lagilah jakun giler aku.. hahah! memang tak reti nak segan-segan.. makan je orang belanje..



sedap sangat.. thanks Zahid hensem.. oopss!


ok done it.. balikla... tunggu akeym mesej, tapi dia tak mesej-mesej.. tengok jam.. lagi 20 minit jea nak pukul 12, mungkin jap lagi dia call kot. ^ ^ waiting.. keras hati taknak call nie even free..:p biar jelah.. tunggu sampai lebam, balik rumah.. masing-masing diam.. kat dalam facebook dah macam party semua orang wish besday.. counting... dah seratus lebih orang wish.. even tak sampai sehari lagi..mane akeym nie, kenapa apek balik Penang, Alid plak wat bodoh macam orang takder perasaan. Fahmi? senyap terus, siap buat status mengantok nak tidur.. chiet! -________-" pandai korang game aku kan!

Apek ada bbm tapi malas nak layan, sebab touching jugak la dia boleh balik Penang time nie. benci kau apek!

Duduk rumah, lepas Fitri call , air mata jatuh setitik setitik pastuh banjir.. kenapa orang yang rapat dengan aku xingat pape, kenapa orang yang aku sayang diam , sibuk sangat ke dia.. dah pukul berapa dah nie. >..<
chill puteri, mate dah bengkak da nie.. tukar baju, tukar semua buang make up! nak siap-siap nak tidur.. handphone da silent da..tengok cerita gemersik kalbu episod akhir dulu.. then dengar lagu Geisha..Tentang kehidupan. then ingat nak tidur pastu.

IM DONE WITH  YOU FARHAKIM! 

Punyelah sentap kan, call akeym, then dia boleh macam lupa plak birthday aku.. pandai korang game aku kan. Terus letak, anta mesej.. then die buat bodoh je, tak balas pape pun. -__________-" . hati da mara gila dah. Lantak kau la.. dalam hati.. hehehe..

Tetiba pukul 1.50 pagi, Fahmi call. hello Puteri kat mana, eyh! besday Puteri eyh? SELAMAT HARI JADI.
ok famy, thanks.. jawab aku, hambar gila.Then Fahmi suruh tengok bawah, kat POOL, aku pun tengok. Al maklum lah aku rabun, tak nampak arh pape.. ;p nampak orang lepak tapi aku tanampak dorang langsung. Pakai spek! terus nampak akeym tengah duduk depan Cake! besar kek nyer.... 


memulakan langkah dengan bismillah ^ ^





muke tok dalang .. i love u tok !


time nie mesty fahmy tengah call and dorang dok tengok aku keluar balkoni.. wahahahah


Alid!bff aku , sekongkol jugak! die nie la tolak aku masuk kolam






malu muke buruk giler.. hahaha!


kene marah ngan akeym sebab mesej tue!:p




3 idiot  versi melayu akustik!



fahmy! cameraman of the night


fine aku kene tolak dalam air.. oleh si Alid! 


Sebelah kiri yang baju merah merun tue boyfriend saye, bukan yang baju itam.. harap maklum!


Apek! sedang mencari calon seperti Izara. 
Add apek! die nsem. hahaha


JJ hensem boy , masih lagi single. 


boleh lagi begadoh, sape nak pegi kat sape time tangkap gambar..-_____-"


Ameer lah orang ketiga yang dimaksudkan.. setan bertanduk!



Zombie with love... hahah!







makan.. selesai... tamat sudah! 
k bye




LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

Thursday, February 9, 2012

What I've Learned

Assalamualaikum ^ ^

Sebelum saya ingin menutup tirai bagi tahun ke 20 saya hidup sebelum melangkah ke 21 tahun. Saya nak kongsi dengan awak, awak dan awak tentang apa yang saya dah belajar sepanjang umur saya 20 tahun ini. Takde la banyak sangat, and kadang2 korang sendiri pun penah lalui situasi yang sama.. hoho.. just ingin berkongsi. 

Biasa lah kan, hidup kita sebagai manusia, tak pernah tiada masalah. kita selesaikan masalah tang sini, tang situ pulak ade masalah.. dan sebalik baliknye. Kenapa? sebab kita manusia.. Allah akan sentiasa menguji hambanya.. berusaha berdoa dan tawakal. Itu tiga pekara yang perlu kita buat. 

BERUSAHA . BERDOA . TAWAKAL

PASRAH??
MAKNE NYE MENYERAH. JANGAN MENYERAH SEBELUM BERTINDAK

Contoh 1 :
Hang takdak duit, Gaji lambat lagi..Jangan lah hang p bentang sejadah, berdoa siang malam, harap duit nak bedebuk jatuh dari langit. Hang pi usaha, p buat apa yang patut, jual buah ka.. trying something, malam-malam p keja kedai makan ka.. tak salah eyh..

Contoh 2 :
 Hang lapaq, hang tinggal sorang kat rumah.. hang takut nak turun.. hang takdak papa nak makan kat rumah, hang telipon bf hang yang nun jauh memang tak dapat buat apa.. hang nangis2.. hang pk dia boleh tolong? hang p call delivery la.. lagi bguih.. perut pun kenyang ;p hohoho.. * cakap depan cermin *

cukuplah dua contoh tue.. huhu.. actually hidup kita nie ada pasang surut. bagi yang diatas, jangan sangkakan anda selamat duduk di sana.. bila anda di atas.. kesan bila anda jatuh amatlah pedih.tapi kita tak boleh asyik fikir macam tue je.sampai bila nak maju kan? kalau takut jatuh.. 

BE POSITIVE TO HAVE A POSITIVE ONE 

Take a risk, follow your dreams, and listen to your heart no matter what it tells you.
untuk berjaya, sangatlah susah.. tapi tidak mustahil.. kita kena lalui peringkat2 sebelum di atas.. alahai.. kalau nak ke puncak, haruslah mendaki dulu kan? takkan nak terbang teruss.. tapi nasib orang tak semua sama. ada yang berjaya ada yang tidak. ada yang kaya ada yang hidup susah.. ada yang berjaya ada yang kecundang.. ada yang menangis ada yang gembira.. ada yang jahat ada yang baik.Semua itu lumrah kehidupan. kalau namanya kehidupan.. begitulah nampaknya.. kalau tak, tak de syurga dan neraka kan? Terpulang kat diri kita.. apa yang kita nak pilih.. Berusaha dan jangan pernah salahkan takdir.. bila kita salahkan takdir. seperti kita salahkan Allah SWT. 

If you love something; just let it go, If it comes back to you, it's your's, if it doesn't, it never was.
Bila bercinta, apa aspectation korang? kalau saya sendiri..  aspectation tue tinggi.. nak sampai akhir nyawa. tapi boleh ke? boleh memang boleh kalau Allah da tetap kan jodoh kita time kita 4 bulan dalam kandungan.Bercinta, putus cinta itu pekara biasa. lumrah alam. setiap pertemuan ada perpisahan. Bila kita break, putus cinta of kos lah sedih kan? tapi jangan melampau-lampau sampai ada yang niat nak bunuh diri, nak mati.. nak terjun bangunan.. katakan tidak pada kekecewaan! time will healing it.. 
Just because someone hurt you yesterday doesn't mean you should start living life today in constant fear of being hurt tomorrow.

Just because she's pretty, doesn't mean your ugly
girls out there.. selalu kan? kalau kita tengok orang cantik mesti kita rasa macam rendah diri sangat. Tak baik tau macam tue.. rendah diri perlu tapi tak perlu keterlaluan sampai rasa "cantiknya dia, buruknya aku" ataupun "bf aku tinggalkan aku sebab dia, sebab apa sebab aku gemok, tak cantik, muke ada jerawat" tak baik tau camtue, bila berhadapan dengan situasi ini, tanamkan dalam diri anda. All ALLAH creation is beautiful enough. tapi jangan lah sampai melampau gila kan? sampaii rasa diva uollss.. NO NO NO! berserdahana.. cukup berkata dalam hati Alhamdulillah.. aku sempurna cukup sifat..

She ignores every boy who adores her because she adores the only boy who ignores her</3
jengjengjeng! ha.. ini adalah pekara yang aku nak highlight sangat-sangat kat sini. i've learn something from my friends. she said.. tak bermakna awak ade bf, awak akan berkahwin dengan dia dan awak harus lupakan orang sekeliling awak. dont make your boyfriends your everything. learn to be independant. cuba kawan dengan semua orang, tak kisah lah orang tue syok kat awak ke apa ke.. kita tak tahu siapa jodoh kita kan? 
dalam dunia nie, awak bukan hidup dengan boyfriends awak sahaja. berkawan tak bermakna anda ingin menggatal kan?  kawanlah seramai mungkin, mungkin salah sorang daripada mereka dapat bantu ketika boyfriend awak tak dapat berbuat apa-apa.Cuba bayangkan, if satu hari korang gadoh dengan bf pastuh break, sapa yang korang akan cari? kawan jugak kan? menangis meratap kat kawan juga. Atleast kita tidak kesorangan.. masih ada yang ingin mendengar luahan anda tue.
The less you care, the happier you'll be.

My mistake for trusting you , promise it wont happen again, EVER
hahaha.. ini selalu terjadi kan? bila kita bagitau something yang agak secret than tetiba orang lain tau jugak. Apa nak buat? memang susah nak simpan rahsia.. so kalau rasa terlalu private.. janganlah bagitau orang. even boyfriends sendiri.. sebab ape? sebab bila break.. buat bf kau tue mulut macam loji kumbahan.. habis dia jaja satu dunia.. buat status.. dan mulalah kutuk sana sini kan? kadang-kadang kita tak ingat terlupa atau terlepas pandang yang orang lain pun actually dah tau pasal kita.. tapi takkan dorang nak tanye. so dorang diamkan.. sebaikbaiknya.. diamkan aja.. itu lebih baik.. kalaupun dihina dan dicaci.. biarlah, yang kat atas tue lagi tahu semua kan? sebabnya mulut orang kita tak boleh tutup , kalau mulut tempayan dah kene telangkup!biasa lah, bila time suka. kentut pun wangi, bila dah benci... yang cantik pun dikatakan tahi.
don't trust anyone except your self.

Okay, enough here.. last but not listtt... HAPPY BIRTHDAY TO MY SELF.. 21 tahun dah aku nie, dah makin meningkat umur.. my wish is.
*semoga hidup aku lebih sempurna
*dapat kerja elok-elok
*dapat jodoh yang baik
*dapat apa yang aku hajati.
*semoga aku jadi seseorang di mata seseorang
*semoga aku dapat capai cita-cita mak abah
*dan semoga aku tetap menjadi diri sendiri 
*semoga kahwin cepat..teheeee...

. hello 21st goodbye 20 .








LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

Friday, February 3, 2012

TEMAN

hei teman, kau nampak bulan itu?
kau lah bulan yan terang itu
dan aku hanya bintang-bintang di kelilingnya
yang bertaburan menemanimu
hei teman, kau nampak rumah itu?
itu kamu,bukan aku
aku hanya bumbung yang melindungi kamu
bila hujan dan panas menyapa tubuhmu
hei teman, pernah kau rasa gelora ini?
getaran ini aneh,
mungkin kau juga merasai keanehan itu
kerana kini akulah kekasihmu
bukan sekadar teman karibmu.


LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

BERCINTA DENGAN KAWAN BAIK

Assalamualaikum ^ ^
selamat malam, sebelum menutup mata. saya terdetik hati untuk menaip satu entry berjudul di atas. Bercinta dengan kawan baik? best ke? belum cuba belum tau, so dah try? saye dah.. anda? bagaimana.. haha.. ayat tiru iklan pencuci.. haih! sorry ! back to the topic. so kat sini, base on my opinion. rasa nye tak salah bila bercinta dengan kawan baik sendiri. kalau hati dah suka. dah sayang. ape ade hal kan? hoho. -______-" . try tanye kawan baik merangkap buah hati saye si farhakim tue, then dia cakap ape.. im blur right now. idea i datang time office hour je.. sayang~ u always like this.. dah masak sangat dah dengan perangai u tue.
so here. nak share.

boleh ke bercinte dengan kawan baik sendiri?
dan jawapan kepada soalan di atas adalah boleh!

depends on kepada situation . kalau masing-masing single, it shouldnt be a problem. tapi kalau dah ade bf or gf tue, seelok-eloknya tak payahla. karang tak pasal-pasal bergusti pulak kat padang futsal. >.<
base on my experience bercinte dengan kawan baik saye encik AKMAL FARHAKIM ada indah dan hodohnya. ada baik dan buruknya dan ada manis dan pahitnya.

Actually..

same jea, takde beza nye pun. bercinte dengan kawan baik ke, dengan kawan tak baik ke dengan musuh ke, erk! tak mungkin bercinte dengan musuh kan? no no no! jangan sangke takde tau, ade je orang bercinte dengan musuh die sendiri.  sebab tue pepatah ade mengatakan

SAYANG DAN BENCI BIARLAH BERPADA-PADA.

ade ke pepatah tue? actually, aku ringkaskan pepatah tue.. haha!


Mak selalu cakap, lelaki dengan perempuan mane boleh jadi kawan baik. nanti mesti salah sorang ade simpan perasaan. Yes ! betul tue mak.. adik sokong mak 101%.. hukhuk! terbukti dengan bukti yang kukuh.
kalau dulu, akulah manusia paling anti dengan kawan baik yang ade feeling-feeling.. sanggup tak bertegur sebab kawan baik tue suke kat aku.. haha! sekarang.. dayummm...malu je!-____-"


1) BERKONGSI RAHSIA DAN RASA
serius!..bila kita rapat dan declare as a best friends...bermakna kita rasa selesa dengan dia..bila dah rasa selesa..semua kita akan cerita..termasuk la perasaan kita...kira semua akan dikongsikan dengan sahabat baik kita tu..kalau time tue kite ade bf/gf pulak, mesti sikit-sikit ngadu, dan tak secara langsung. dia tahu lah kite punye sikap macamane.bila dah tau, die akan cuba elak untuk lakukan ape yang kite tak suke dan cuba buat pe yang kite  suke. kalau die sayang kite, dia akan usahakan yang terbaik untuk hubungan itu.

2) TIDAK BERPURA-PURA
Selalunya bila kita baru kenal orang yang kita suka, mesti kalau first date tue kita macam malu-malu. Nak makan pun cover-cover. tapi tak langsung bila kita dating dengan bff kite. even 1st date, kite boleh makan pizza sampai licin.:p * i did it ok* boleh menangis, meratap sebab die dah biase tengok ugly face kite time gadoh ngan ex boyfriends dulu.ape yang die akan buat, hulurkan tisu, dan pinjamkan bahu. lepas tue balik, terus bising. " your make up kotorkan baju i oke." haha! alah, boleh basuh kan?


3) KELUAR BERSAMA
bila kita dah rapat..dan selesa..nak hangout mesti nak sama2..kira mana ada korang..ada la kawan baik korang tu...kalau dengan sama jantina dan spesis,,,its ok la kan..tapi tetap akan ada orang cakap.."kalau ada si polan tu,,mesti si polan 2 ada jugak.."...pedulik apekan? mulut orang. kite nak tutup tak cukup tangan rasenye, so ignore je. lantak la.. kan? asalkan kite tak susah kan dorang sudah.. keselesaan itu penting untuk membina sebuah hubungan. chewah! pandainye saye berhujah.. tapi betul kan??


4) MESRA
tang nie memang akan berlaku la kan..dah rapat...saling berkongsi apa yang berlaku..selalu keluar bersama, kenal hati budi..mesti makin bertambah mesra..sebab kawan baik  korang adalah manusia yang paling dekat dengan korang...selain mak bapak yang nun jauh di sana..kawan baik korang tu lebih memahami korang dari orang lain..no pertama yang saye mesej dulu, adalah no die tiap kali ade masalah.

5) SAYANG
dah mesra semua akan timbul rasa sayang...betul kan..kalau betul sila angkat kening.....ha...kan dah terangkat 2,,haha,,,siapa yang tak sayang kawan baik ??tapi jangan keliru sayang suka dan cinta ok? tapi cinta tak mustahil pabila timbul sayang.

6) PELENGKAP
bagi saye la kan..memang apa2 yang berlaku saye akan share kan dengan kawan baik saye...susah senang sama2,,kekurangan kita..kawan baik kita leh tolong cover dengan kelebihan yang dia ada,,,so,,,kata yang paling sesuai??pelengkap jugak kawan baik kita tu kan..

7) JUJUR
bila kite berkawan baik dengan seseorang, sikap nie mesti ada. automatic. sebabnye ape? sebab kite trust die! kalau tak percaya dia dengan kite takkan berkawan baik. mulalah, semua nak diadukan kan? dari A sampai Z cerita kalau kite ada problem. Lagipun, kite takkan berpure-pure. jadi dia lebih kenal siapa kita dari yang lain.

8)TERIMA KEKURANGAN DAN MENGHARGAI KELEBIHAN
itu sudah tentu kan? haruslah terima. walaupun kawan, tapi trust me! if korang fall in love with your bff , korang akan rasa lain sangat bila korang kapel. yeah! it really sweet when a bestfriends act like couple and couple act like bestfriends. so i got two! BINGO! kelainan itulah korang patut tolerate. give and take and please.. take time .. yang penting kene jujur macam korang jujur time bff dulu.

9)PERUBAHAN
memang akan berubah bila dari kawan baik ke kekasih. of kos pada awalnya korang akan rasa, janggal. kenapa macam nie eyh! ish tak selesa lah macam nie, menyesal jugak. aku nak ngadu kat sape lagi pasni. JANGAN ! jangan fikir macam tue. fikir secara rasional. cuba faham dia, dan dia akan cuba faham awak.
lama-lama hubungan korang akan normal macam kapel yang lain, bertambah sweet lagi adelah sebabnye..
dia lagi kenal korang kan!!

10)MASA
mungkin pada awalnya korang akan rasa perubahan, lama - lama semua akan ok. dan korang akan cakap. aku sayang dia. dia faham aku, dan dia tak sama macam yang sebelum nie. kenape? sebab die dah tahu baik buruk korang, time mood korang ok atau tak. semua dalam tangan dia.So! jangan cube nak menipu atau nak pasang lain. mesti kantoi bodoh punye, ^ ^

OK! itu je yang dapat dikongsikan. last but not list... actually, kapel dengan sape-sape pun, korang akan melalui kitaran yang sama, cume ini special case sebab korang tak melalui perkenalan sebagai kekasih.i mean, tak no 1st date. sebab dah selalu date dengan dia.. haha -________-" ntahla, rase merepek sikit pulak. sorry.. GOODNIGHT! before that! tak semua hubungan sebagai kawan baik *berlainan jantina* akan berakhir dengan hubungan istimewa, dan tak semua hubungan istimewa berakhir dengan perkahwinan. QunfayaQun. buka mata, buka hati. tata!!
Kawan baik nak pergi main futsal yea. saye? nak tidur dah.
bye bye.
Love till then.


I LOVE YOU.


LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT