Monday, January 23, 2012

Cara Penjagaan Muka Berjerawat yang Jimat

Assalamualaikum ^ ^
Baru-baru nie saya ada terbaca satu article tentang kulit bermasalah..OMG! kulit saya lettew...huishh.. cane nie cane nie? hoho.. saya cari petua, article pasal this topic.. bukan apa, saya jenis menyiasat dulu sebelum share apa-apa kat orang.. takde main hentam korno je bak kata orang jawa. So i wanna share here satu Cara Penjagaan Muka Berjerawat secara Tradisional. Mudah, Jimat dan Berkesan. Lagipun ssaya sukakan Tradisional sebab dia takde kesan sampingan. Ok , saya tak nak membebel panjang. 
Mari saya kongsikan Petua ini dengan anda.

BAHAN-BAHAN :
i.) Beras
ii.)Kunyit
iii.)Air putih


ambil beras dalam segengam. cuci sekali dua untuk hilangkan kotoran.ambil segelas air. 
campurkan kedua-duanya dan blend sehingga halus



hasil nya begini ^ ^

hiris kunyit dan air
blend sehingga halus ya!



ini hasilnya ^ ^

Da lepas blend sume tu, korang sapu air beras tu kt muke gune sponge so that die akan lg senang serap kt muke kite. Guna tangan je pun boleh
Biar lebih kurang 2-3 mins and bley cuci muke da.


Pastu korang ulang blk step yg same gune air kunyit plak..
Bia die kering 2-3 min, da bley basuh..
(Lepas sapu air kunyit ni kite mmg rase cm gatal2 cket kt muke.Tp bile da basuh muke tu die ok je.)



Kalau bley wt setiap hari atau 2 hari sekali..
acne and acne scar akan hilang, kulit pulak jadi lebih halus dan cerah.


SELAMAT MENCUBA!

LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

Saturday, January 21, 2012

LEMON FOR BEAUTY AND HEALTH

Assalamualaikum ^ ^

petang-petang macam nie, duduk depan lappy sambil hirup air lemon sejuk sangatlah menenangkan Jiwa. Jiwa aku yang sedang kusut nie, dapat di atasi dengan minum lemon. mana tak nye, dah bape gelas aku minum. lagi sedap buat sendiri dari beli. dapat buat masam-masam. Aku terpikir, apa kebaikkan lemon nie? so aku mengadakan sedikit research about LEMON.

JUM.. i wanna share here..btw.. hari nampak kuning petang nie, 
orang tua-tua cakap tak elok kalau keluar..dok rumah tau!


KEBAIKKAN LEMON

1. Mengurangkan berat badan , dan mengempiskan perut.
hoho... sangat terasa tau.. jadi sapa-sapa yang terasa macam saya nie, boleh lah cuba minum air lemon hari-hari. psst2! sekarang lemon tak mahal macam dulu dah.. 10 biji boleh dapat dengan harga Rm 5.00 sahaja! Kalau yang nak try lose weight, lemon akan mempercepatkan proses itu. Untuk perut pula, lemon dikatakan bagus dalam reducing belly fat. Banyak artikel lain yang mengupas kebenaran statement tadi, jadi rajin-rajinlah cari. kalau anggap saya mereka-reka cerita la kan!

2.  Bagus untuk kulit tau!
Rejuvenate skin from within katanya. Tahukah anda, lemon boleh mengurangkan tanda parut, lagi-lagi kalau kat muka, mudah sikit ^ ^ . Selalulah sapu kat parut tue, buat hari-hari. bekas korang guna buat air tue kan.. Lemon juga dapat mengurangkan kedut dan blackheads kalau selalu minum, bring glow to face (muka bercahaya glow in the dark hohoho) kalau selalu makan minum. Jadi kalau berminat, lepas je perah lemon tue untuk jadikan lemonade, ape lagi.. amek sisa lemon tue tadi, masuk bilik air.. sental buat scrub.. kat leher, kat muka. kaki.

3. Membuang rasa bersalah untuk hidang air kosong kepada tetamu. 
Agak-agak nak stylo dengan harga murah, campak sahaja lemon dalam satu jug air masak berisi ais. Kan macam kat hotel? Kan terus semua tetamu hilang sakit-sakit gusi tulang stress semua. At least tak der tetamu back talk sebab dapat minum air kosong je kan? hoho.. -_____-"

4. Bagus untuk perut. 
Apabila dicampur dengan air panas, lemon berupaya menyelesaikan permasalahan nyahtinja yang dihadapi seseorang. Kembung perut, heartburn dan parasites juga mampu dirawat dengan khasiat lemon ciptaan Tuhan. oleh itu, jika anda mengalami sakit perut dan tak sempat beli gaviscon dan Lemon ada di rumah, apa salah cuba kan? Mujarab tau!

5. Kurangkan demam kerana membantu kita berpeluh.
Peluh membantu menyahtoksidkan segala toksin dalam badan tau.. Agak-agak nak demam, minum lah lemon..No no no.. not ice.. panas yea!

6. Merawat sakit tekak. 
Lemon bertindak melawan jangkitan kuman, mati kau kuman mati kau kuman yang bermastautin di tekak. Kumur-kumur boleh juga.tapi kalau minum pun sedap, baik minum kan? hoho

7. Menenangkan otak & badan yang stress sedang melalui fasa depression. 
Kerana ia mampu mengawal tekanan darah tinggi, pening-pening dan rasa nak muntah. Tidak stress lagi! Bila tensi cuba minum air lemon, terus berada di awan ke-9 (hiperbola). Apabila tidak stress, rambut tidak gugur, bawah mata tidak lebam, bibir tidak melengkung ke bawah. Kan cantik.

8. Pam keluar toksin dan bakteria dari badan. 
Pam keluar, wah? Flush out toxins and bacteria bahasa Inggerisnya. Sebab lemon bantu kita kencing lebih banyak dari sukatan biasa (nak uji kebenaran, bolehlah sediakan measuring tube haha ew). Kebaikan itu menjadikan ia blood purifier yang bagus dan mampu memulihkan penyakit seperti Rheumatism, Arthritis, Cholera atau Malaria. * patot lah saye asyik ke tandas kebelakangan ini * demm..

9. Membantu memulihkan masalah/penyakit berkaitan saluran pernafasan. 
Samada sapu lemon di dada dan sedut aromanya atau minum air panas-panas untuk benefit dari wapnya, semua di ajar di e-How sila usha jangan malas. lemon kan bertindak mengeluarkan kahak juga!

10. Bantu kesihatan dan kewangian mulut/gusi. 
Apabila sakit gigi, sental lemon secara sungguh-sungguh terhadap gigi tersebut untuk mengurangkan kesakitannya. Sila potong lemon itu dulu, jangan kau sental sekali bulat tuh kat gigi memang menjahanamkan lebih lanjut. Kalau gusi berdarah juga, urutlah lemon di tempat gusi itu berdarah, selain bantu menghentikan pendarahan, ia mewangikan gusi busuk ituww.


Kebanyakan fakta ini diambil dan diolah dari Life Mojo. Itu sahaja dari bahagian saya dalam berkongsi khasiat lemon. Sungguh teruja menaip dan berharap semua boleh menjadikan lemon sebagai stok buah yang tetap dalam household. Satu biji lemon baru 65sen dan kalau beli satu plastik ada 10 biji memang boleh tahan lebih dari 2minggu sebab kulit dia tebal dan anda tak pakai banyak pun sekali minum.


LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

Thursday, January 19, 2012

Cara edit html dan expend widget.

Assalamualaikum ^ ^

Hari jumaat yang barakah nie, Puteri nak share dengan semua blogger baru cara untuk Edit HTML. ha mesti ada yang tak tahu kan? Puteri masa first-first dulu lagilah apa pun tak tahu, sekarang pun tahu sikit-sikit. Jadi Puteri nak share , jadi korang tak la terkontang kanting tak tahu apa kan...:p
Jum kita mulakan ^ ^

Dashboard > design > Edit HTML 


masukkan kod html, dan ada sesetengah di wajibkan untuk expend widget templates. so click that


bagi yang ingin mencari kod tersembunyi, anda boleh type Ctrl + F dan paste kod yang anda nak cari kat kotak bertanda merah diatas itu.


akhir sekali. Save templates.
Selamat berblogging!!

LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

Bagaimana masukkan widget dan gadget di blog

Assalamualaikum semua ^ ^
dalam entry ini, puteri ingin berkongsi untuk Newbies Blogger yaw. Jadi Bagaimana? Widget dan Gadget tue amenda kan? heheuk! meh Puteri ajar sikit-sikit yea. teheee

macamana nak dapat macam tue kan? 
meh bace sambil follow step k!



Dashboard > Design > Add Gadget


Then ,  nampak butang + tue? tambah je mane2 k..


sudah? click save.. then view blog.
Siap! gunakan creativity anda!
OH yea! macamana letak gambar? Nantikan.. ^ ^

Kini! semua pun boleh jadi Blogger



LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

Bagaimana masukkan header dalam blog

Assalamualaikum.
ehem..ehem..tengok title entry kat atas , Bagaimana masukkan header dalam blog ? macam blog saye? header tau tak header tue ape?? Ramai jugak new blogger yang tak tahu, macamana nak letak header kan?
Meh sini Put ajar..

ini adalah contoh header blog sendiri.. wahah.. so dah tau kan apa itu header?
Bagaimana hendak memasukkan header?
Jom kita belajar sama-sama yea

1. Dashboard > Design > Page Element > Tekan EDIT seperti di bawah yea


Lepas tue, akan keluar macam yang kat bawah nie

kenapa nak kene shrink? tick kat situ if korang nak gambar header tue center k!


click save then muncul la header baru untuk blog korang!
SELAMAT MENCUBA!!


LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT