Monday, November 12, 2012

Homemade masker : Brown Sugar + Virgin Olive Oil

Assalamualaikum ^ ^

wah, berdentum-dentum bunyi mercun kat luar sana, yelah kan nak depavali.. Happy devapali kepada yang menyambutnya.. Muruku boleh anta kat rumah sikit ya.. hiks! Hari ini put bukan nak cerita kat korang pasal depavali ke ape.. put nak mengomel seperti tajuk entry di atas.. amboih.. speaking kan? homemade masker , brown sugar plus virgin olive oil..

maksudnya.. guna gula perang dan minyak zaitun yang masih dara ya.. wehuuu.. kalau tak dara camane? kalau tak dara pon boleh jugak.. >..< ok stop merepek!Senang jea yea abg-abg akak dan adik2 sekelian..Jum cikedout..

Bahan2:

2 tablespoon of brown sugar


2 tablespoon of virgin olive oil.


woot woot ! tanpa membuang masa, moh kita mulakan!

Cara2 :

Campurkan olive oil dengan brown sugar tue, kacau kacau kacau sampai sebati, sampai dia jadi macam pes tue.. then sapu kat muka, sapu sapu sapu rata-rata, muka leher.. gosok ikut circular motion  dengan jari jemari awak tue..ha.. gitu.. buat bulatan..


I told u, put takkan memandai-mandai.. tengok, omputih pun amalkan oke! dah siap? dah penuh satu muka kan? then relax, chill jap.. dengar lagu yang relaxing... dan biarkan mask tue tadi kat muka dalam 5 - 10 minit, jangan melebih sangat k.. yang sedang2 saja cukupla..



Cepat lari ke bilik air, (sebab tertido, dah terover masa) basuh dengan air suam.. SUAM EH! sambil tue gosok gosok... tepi hidung, bawah dagu.. kat pipi...dah bersih, lap muka dengan towel yang bersih.. dap dap je k? jangan over gosok sane sini.. ahahaha..

ok dah! siap.. korang akan rasa muka korang berminyak kan? sebab tak basuh dengan pencuci.. memang takyah korang.. sebab tue masker nie sesuai pakai before tido..
ish! jangan risau, muka korang takkan tumbuh jerawat la.... (kalau tumbuh jugak, tak tanggung k hihik ) bawak tido je... esok muka korang akan fresh.. olive oil nie bagus tau tak!penyanyi Nasir Wahab, guna olive oil sebelum tidur tau.. tengok muka dia, tak berubah walau da berusia.



kebaikkan :


Gula perang adalah mentah dan semula jadi, tidak diproses, dan tiada bahan pengawet kimia di dalamnya yang boleh merengsakan kulit anda. Gula perang diwarnakan dengan sirap pekat, tetapi ini tidak akan merengsakan kulit anda. Malah, gula perang diperkaya dengan vitamin B yang disebabkan kepada ceng yang telah ditemui untuk menjadi antioksidan yang indah untuk mencegah dan / atau membaiki kerosakan yang dilakukan untuk kulit anda dengan matahari dan persekitaran lain.

Gula perang akan menambah kelembapan kepada kulit anda dan juga berfungsi sebagai kekotoran yang menakjubkan pada kulit anda untuk membuang kulit mati, yang boleh menyumbat liang dan minyak dan bakteria perangkap. Segar, kulit nafas baru akan membuat anda kelihatan lebih muda dan membuka liang anda yang akan mengurangkan jerawat dan jerawat.

Minyak zaiton dara (EVOO) adalah pelembap yang indah semula jadi untuk kulit anda dan tidak akan menyumbat liang anda! EVOO sebenarnya ditambah kepada banyak produk penjagaan kulit yang anda gunakan pada setiap hari jadi mengapa tidak pergi lurus untuk sumber dan menyuburkan kulit anda dengan minuman cecair?

Sumber rujukan : GOOGLE



SELAMAT MENCUBA!!!!!!!




LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT