Friday, April 6, 2012

i hate you but...



konfius..


aku betul-betul konpius dengan perasaan aku, kenapa kau juga yang aku nak, aku ingat siang malam pagi petang? sedangkan kau, sikit pun tak fikirkan aku, aku geram, aku marah, kadang-kadang sampai kembang kempis hidung aku tahan marah bila kau buat hal dengan aku, reaksi kau mase tue? lagilah buat aku marah! kau perasan tak, bila aku diam, aku tak suke pandang kau? sebab aku taknak bila aku pandang kau, aku terus cair.. haih.. entahlah, aku sendiri tak tahu, kenapa dan mengapa aku tersayang kat orang macam kau? dulu aku bercita-cita tinggi, aku inginkan yang terbaik, yang teromantik, yang terkaya dan yang tersayang aku segala-gala yang sangat berbeza dengan kau yang aku sayang sekarang.


situasi bodoh nie kadang-kadang buat aku gelak sendiri, betapa indahnya cinta sehingga yang buruk tue semua jadi indah, aku benci kau, cara kau layan aku, cakap dengan aku, mamak jual cendol lagi bagus layan aku, apek teksi tue lagi bagus tau, tapi kau tetao sempurna kat mata aku, selalu aku cuba jelekkan diri kau depan mate aku, tapi yang aku nampak adalah sayang.. sayang aku yang tak pernah kurang dan tak pernah lekang. dua puluh empat jam, tujuh kali seminggu.


Bila bertengkar dengan kau, adalah benda paling aku benci, kau buat bodoh macam aku nie cleaner rumah kau yang tak patut kau layan kan? bagus nye kau.. aku cube buat macam tue, aku ignore kau, aku tarik muke, aku taknak reply mesej,aku merajuk sendiri, dengan harapan tinggi menggunung semoga kau hubungi aku dan cakap 'sayang, im sorry..my mistake' hahah! tinggi sangat harapan aku, dalam mimpi pun tak mungkin, geli konon.. aku pun geli kalau kau cakap macam tue, tapi aku akan tetap suke sebab kau yang cakap...hahah.... anehnya! bila merajuk bukan pujukan yang kau berikan tetapi, kau akan diamkan diri, malas layan makcik joyah nie, kenapa kenapa kenapa? dengan kekurangan kau inilah buat sayang aku makin tebal!


"Aku sudah bilang cinta ini indah tapi aneh ya!"


kadang-kadang tue, aku nak try lah taknak kontek kau, aku buat derk dengan fon aku , siap silent kadang-kadang, jam 12 , jam 2 jam 3 ... HAmpehlah kau nie! kenapa kau tak kontek aku langsung?? aku resah dah, fikir yang bukan-bukan.. dan terus mendail, "hello, sorry saya tidur" dengan suara kau yang habis longlai, aku mendengus kasar, dan terus letak phone.. tidur adalah profession kau yea!

satu2 nya makhluk yang aku sayang adalah kau..kau dan kau..memang kau je aku yakin tue..satu satunya orang yang aku berkenan dekat mata..melekat dekat hati adalah kau..even kawan kau lagi hensem tetap kau yang teratas.pendek kata..kau orang yang aku cintai pagi petang siang malam..


aku salahkan diri aku, banyak-banyak orang kenapa aku pilih kau? dan terus dengan kau??mengadanya perasaan aku nie.. kau yang aku sayang, tapi kenapa 97% air mata aku puncanya adalah kau?kau tipu aku, kantoi! kau sisihkan aku, kau ketepikan aku, aku selalu jadi yang terakhir mendengar berita dari kau, benci aku pada kau tapi sayang tetap menguasai..makin aku lari, kau makin jauh, makin aku kejar kau makin lari.. 


sejahat mana kau, yang kadang-kadang buat aku rasa sangat terhegeh-hegeh..seburuk mane kau, berapa banyak salah yang kau buat.. kau tetap melekat dengan gam uhu kat hati aku.


anehnya cinta, dengan sayang semua berubah.. :")


p/s : tiada kaitan ape2 dengan A|M


LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT