Thursday, February 9, 2012

What I've Learned

Assalamualaikum ^ ^

Sebelum saya ingin menutup tirai bagi tahun ke 20 saya hidup sebelum melangkah ke 21 tahun. Saya nak kongsi dengan awak, awak dan awak tentang apa yang saya dah belajar sepanjang umur saya 20 tahun ini. Takde la banyak sangat, and kadang2 korang sendiri pun penah lalui situasi yang sama.. hoho.. just ingin berkongsi. 

Biasa lah kan, hidup kita sebagai manusia, tak pernah tiada masalah. kita selesaikan masalah tang sini, tang situ pulak ade masalah.. dan sebalik baliknye. Kenapa? sebab kita manusia.. Allah akan sentiasa menguji hambanya.. berusaha berdoa dan tawakal. Itu tiga pekara yang perlu kita buat. 

BERUSAHA . BERDOA . TAWAKAL

PASRAH??
MAKNE NYE MENYERAH. JANGAN MENYERAH SEBELUM BERTINDAK

Contoh 1 :
Hang takdak duit, Gaji lambat lagi..Jangan lah hang p bentang sejadah, berdoa siang malam, harap duit nak bedebuk jatuh dari langit. Hang pi usaha, p buat apa yang patut, jual buah ka.. trying something, malam-malam p keja kedai makan ka.. tak salah eyh..

Contoh 2 :
 Hang lapaq, hang tinggal sorang kat rumah.. hang takut nak turun.. hang takdak papa nak makan kat rumah, hang telipon bf hang yang nun jauh memang tak dapat buat apa.. hang nangis2.. hang pk dia boleh tolong? hang p call delivery la.. lagi bguih.. perut pun kenyang ;p hohoho.. * cakap depan cermin *

cukuplah dua contoh tue.. huhu.. actually hidup kita nie ada pasang surut. bagi yang diatas, jangan sangkakan anda selamat duduk di sana.. bila anda di atas.. kesan bila anda jatuh amatlah pedih.tapi kita tak boleh asyik fikir macam tue je.sampai bila nak maju kan? kalau takut jatuh.. 

BE POSITIVE TO HAVE A POSITIVE ONE 

Take a risk, follow your dreams, and listen to your heart no matter what it tells you.
untuk berjaya, sangatlah susah.. tapi tidak mustahil.. kita kena lalui peringkat2 sebelum di atas.. alahai.. kalau nak ke puncak, haruslah mendaki dulu kan? takkan nak terbang teruss.. tapi nasib orang tak semua sama. ada yang berjaya ada yang tidak. ada yang kaya ada yang hidup susah.. ada yang berjaya ada yang kecundang.. ada yang menangis ada yang gembira.. ada yang jahat ada yang baik.Semua itu lumrah kehidupan. kalau namanya kehidupan.. begitulah nampaknya.. kalau tak, tak de syurga dan neraka kan? Terpulang kat diri kita.. apa yang kita nak pilih.. Berusaha dan jangan pernah salahkan takdir.. bila kita salahkan takdir. seperti kita salahkan Allah SWT. 

If you love something; just let it go, If it comes back to you, it's your's, if it doesn't, it never was.
Bila bercinta, apa aspectation korang? kalau saya sendiri..  aspectation tue tinggi.. nak sampai akhir nyawa. tapi boleh ke? boleh memang boleh kalau Allah da tetap kan jodoh kita time kita 4 bulan dalam kandungan.Bercinta, putus cinta itu pekara biasa. lumrah alam. setiap pertemuan ada perpisahan. Bila kita break, putus cinta of kos lah sedih kan? tapi jangan melampau-lampau sampai ada yang niat nak bunuh diri, nak mati.. nak terjun bangunan.. katakan tidak pada kekecewaan! time will healing it.. 
Just because someone hurt you yesterday doesn't mean you should start living life today in constant fear of being hurt tomorrow.

Just because she's pretty, doesn't mean your ugly
girls out there.. selalu kan? kalau kita tengok orang cantik mesti kita rasa macam rendah diri sangat. Tak baik tau macam tue.. rendah diri perlu tapi tak perlu keterlaluan sampai rasa "cantiknya dia, buruknya aku" ataupun "bf aku tinggalkan aku sebab dia, sebab apa sebab aku gemok, tak cantik, muke ada jerawat" tak baik tau camtue, bila berhadapan dengan situasi ini, tanamkan dalam diri anda. All ALLAH creation is beautiful enough. tapi jangan lah sampai melampau gila kan? sampaii rasa diva uollss.. NO NO NO! berserdahana.. cukup berkata dalam hati Alhamdulillah.. aku sempurna cukup sifat..

She ignores every boy who adores her because she adores the only boy who ignores her</3
jengjengjeng! ha.. ini adalah pekara yang aku nak highlight sangat-sangat kat sini. i've learn something from my friends. she said.. tak bermakna awak ade bf, awak akan berkahwin dengan dia dan awak harus lupakan orang sekeliling awak. dont make your boyfriends your everything. learn to be independant. cuba kawan dengan semua orang, tak kisah lah orang tue syok kat awak ke apa ke.. kita tak tahu siapa jodoh kita kan? 
dalam dunia nie, awak bukan hidup dengan boyfriends awak sahaja. berkawan tak bermakna anda ingin menggatal kan?  kawanlah seramai mungkin, mungkin salah sorang daripada mereka dapat bantu ketika boyfriend awak tak dapat berbuat apa-apa.Cuba bayangkan, if satu hari korang gadoh dengan bf pastuh break, sapa yang korang akan cari? kawan jugak kan? menangis meratap kat kawan juga. Atleast kita tidak kesorangan.. masih ada yang ingin mendengar luahan anda tue.
The less you care, the happier you'll be.

My mistake for trusting you , promise it wont happen again, EVER
hahaha.. ini selalu terjadi kan? bila kita bagitau something yang agak secret than tetiba orang lain tau jugak. Apa nak buat? memang susah nak simpan rahsia.. so kalau rasa terlalu private.. janganlah bagitau orang. even boyfriends sendiri.. sebab ape? sebab bila break.. buat bf kau tue mulut macam loji kumbahan.. habis dia jaja satu dunia.. buat status.. dan mulalah kutuk sana sini kan? kadang-kadang kita tak ingat terlupa atau terlepas pandang yang orang lain pun actually dah tau pasal kita.. tapi takkan dorang nak tanye. so dorang diamkan.. sebaikbaiknya.. diamkan aja.. itu lebih baik.. kalaupun dihina dan dicaci.. biarlah, yang kat atas tue lagi tahu semua kan? sebabnya mulut orang kita tak boleh tutup , kalau mulut tempayan dah kene telangkup!biasa lah, bila time suka. kentut pun wangi, bila dah benci... yang cantik pun dikatakan tahi.
don't trust anyone except your self.

Okay, enough here.. last but not listtt... HAPPY BIRTHDAY TO MY SELF.. 21 tahun dah aku nie, dah makin meningkat umur.. my wish is.
*semoga hidup aku lebih sempurna
*dapat kerja elok-elok
*dapat jodoh yang baik
*dapat apa yang aku hajati.
*semoga aku jadi seseorang di mata seseorang
*semoga aku dapat capai cita-cita mak abah
*dan semoga aku tetap menjadi diri sendiri 
*semoga kahwin cepat..teheeee...

. hello 21st goodbye 20 .








LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT