Saturday, January 21, 2012

LEMON FOR BEAUTY AND HEALTH

Assalamualaikum ^ ^

petang-petang macam nie, duduk depan lappy sambil hirup air lemon sejuk sangatlah menenangkan Jiwa. Jiwa aku yang sedang kusut nie, dapat di atasi dengan minum lemon. mana tak nye, dah bape gelas aku minum. lagi sedap buat sendiri dari beli. dapat buat masam-masam. Aku terpikir, apa kebaikkan lemon nie? so aku mengadakan sedikit research about LEMON.

JUM.. i wanna share here..btw.. hari nampak kuning petang nie, 
orang tua-tua cakap tak elok kalau keluar..dok rumah tau!


KEBAIKKAN LEMON

1. Mengurangkan berat badan , dan mengempiskan perut.
hoho... sangat terasa tau.. jadi sapa-sapa yang terasa macam saya nie, boleh lah cuba minum air lemon hari-hari. psst2! sekarang lemon tak mahal macam dulu dah.. 10 biji boleh dapat dengan harga Rm 5.00 sahaja! Kalau yang nak try lose weight, lemon akan mempercepatkan proses itu. Untuk perut pula, lemon dikatakan bagus dalam reducing belly fat. Banyak artikel lain yang mengupas kebenaran statement tadi, jadi rajin-rajinlah cari. kalau anggap saya mereka-reka cerita la kan!

2.  Bagus untuk kulit tau!
Rejuvenate skin from within katanya. Tahukah anda, lemon boleh mengurangkan tanda parut, lagi-lagi kalau kat muka, mudah sikit ^ ^ . Selalulah sapu kat parut tue, buat hari-hari. bekas korang guna buat air tue kan.. Lemon juga dapat mengurangkan kedut dan blackheads kalau selalu minum, bring glow to face (muka bercahaya glow in the dark hohoho) kalau selalu makan minum. Jadi kalau berminat, lepas je perah lemon tue untuk jadikan lemonade, ape lagi.. amek sisa lemon tue tadi, masuk bilik air.. sental buat scrub.. kat leher, kat muka. kaki.

3. Membuang rasa bersalah untuk hidang air kosong kepada tetamu. 
Agak-agak nak stylo dengan harga murah, campak sahaja lemon dalam satu jug air masak berisi ais. Kan macam kat hotel? Kan terus semua tetamu hilang sakit-sakit gusi tulang stress semua. At least tak der tetamu back talk sebab dapat minum air kosong je kan? hoho.. -_____-"

4. Bagus untuk perut. 
Apabila dicampur dengan air panas, lemon berupaya menyelesaikan permasalahan nyahtinja yang dihadapi seseorang. Kembung perut, heartburn dan parasites juga mampu dirawat dengan khasiat lemon ciptaan Tuhan. oleh itu, jika anda mengalami sakit perut dan tak sempat beli gaviscon dan Lemon ada di rumah, apa salah cuba kan? Mujarab tau!

5. Kurangkan demam kerana membantu kita berpeluh.
Peluh membantu menyahtoksidkan segala toksin dalam badan tau.. Agak-agak nak demam, minum lah lemon..No no no.. not ice.. panas yea!

6. Merawat sakit tekak. 
Lemon bertindak melawan jangkitan kuman, mati kau kuman mati kau kuman yang bermastautin di tekak. Kumur-kumur boleh juga.tapi kalau minum pun sedap, baik minum kan? hoho

7. Menenangkan otak & badan yang stress sedang melalui fasa depression. 
Kerana ia mampu mengawal tekanan darah tinggi, pening-pening dan rasa nak muntah. Tidak stress lagi! Bila tensi cuba minum air lemon, terus berada di awan ke-9 (hiperbola). Apabila tidak stress, rambut tidak gugur, bawah mata tidak lebam, bibir tidak melengkung ke bawah. Kan cantik.

8. Pam keluar toksin dan bakteria dari badan. 
Pam keluar, wah? Flush out toxins and bacteria bahasa Inggerisnya. Sebab lemon bantu kita kencing lebih banyak dari sukatan biasa (nak uji kebenaran, bolehlah sediakan measuring tube haha ew). Kebaikan itu menjadikan ia blood purifier yang bagus dan mampu memulihkan penyakit seperti Rheumatism, Arthritis, Cholera atau Malaria. * patot lah saye asyik ke tandas kebelakangan ini * demm..

9. Membantu memulihkan masalah/penyakit berkaitan saluran pernafasan. 
Samada sapu lemon di dada dan sedut aromanya atau minum air panas-panas untuk benefit dari wapnya, semua di ajar di e-How sila usha jangan malas. lemon kan bertindak mengeluarkan kahak juga!

10. Bantu kesihatan dan kewangian mulut/gusi. 
Apabila sakit gigi, sental lemon secara sungguh-sungguh terhadap gigi tersebut untuk mengurangkan kesakitannya. Sila potong lemon itu dulu, jangan kau sental sekali bulat tuh kat gigi memang menjahanamkan lebih lanjut. Kalau gusi berdarah juga, urutlah lemon di tempat gusi itu berdarah, selain bantu menghentikan pendarahan, ia mewangikan gusi busuk ituww.


Kebanyakan fakta ini diambil dan diolah dari Life Mojo. Itu sahaja dari bahagian saya dalam berkongsi khasiat lemon. Sungguh teruja menaip dan berharap semua boleh menjadikan lemon sebagai stok buah yang tetap dalam household. Satu biji lemon baru 65sen dan kalau beli satu plastik ada 10 biji memang boleh tahan lebih dari 2minggu sebab kulit dia tebal dan anda tak pakai banyak pun sekali minum.


LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT