Tuesday, November 29, 2011

ALLAH secret

Welcome December..
..Please be nice to me

Today we laugh, tomorrow maybe we will cry,
Today we walk, tomorrow maybe we just can lay on bed,
Live the life like you wanna die tomorrow,
Because what?
We do not know what and who we are for tomorrow.
Because tomorrow is ALLAH secret.
By: puteri nurfarahain

hari ini kau cantik, esok kau belum tentu cantik..mungkin hari ini kau dabik dada, sebab kau yang paling berkuasa, pabila esok tiba, jangan kau salahi takdir yang membuat kau jatuh rebah di pangkuan bumi. ingatlah, kalau kau senang, bantulah orang yang susah, kalau kau sempurna, jangan kau hina orang yang tidak begitu sempurna. kerana tiada apa yang sempurna di muka bumi ini.
ALLAH telah menetapkan undang-undang, jangan kau sangkal hukum ini. jangan kau pesong dan songsangkan kejadian alam yang telah ditetapkan untuk hambanya. kelak binasa kau jawabnya.
INSYAALLAH
masih belum terlambat


LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

Monday, November 28, 2011

RINDU kat . . .

Selamat malam..tehee... ^ _^ tehee..
Assalamualaikum.. apa yang sedang dilakukan sebelum membaca entry ini? haih..-____-" online yea? pegilah bace buku.. cheit! nasihat orang aku pandaila, aku sendiri pemalas nak buka buku, teringat zaman sekolah dulu, time kat Teknik PD, memang Moment tue aku takkaN lupe sampai bila-bila..heheuk! Oh yea! sebelum aku buat entry nie, aku curi kentang mak aku, memandangkan aku demam.. aku tak tolong mak masak.. heheuk! kejam aku en? *tutup muke, sebab malu* aku tolong encik buah hati nie buat proposal.. aku pening sikit nak mengolah ayat, Al-maklumlah yea Encik Buah hati, English aku D kowt.. pheww..malu je nak mengaku kenyataan yang memedihkan itu.. teheee...Eehhh!! Hello.. Encik Buah hati ta buli saye la, dia buat Assignment PC comp aku, heheuk! lagi banyak.. rasain lo Encik Buah Hati.. hohokZ!! Rasa rindu yang membara pada kenangan lalu sangat mencengkam kalbu, *cis!ayat nak sastera habis, nasib BM dapat A1* rindu pada si gadis-gadisku..:( yea! gadis.. aku kan lesBian dulu.. tehee.. jokeZ! aku rindu Gadis2 PPN aku..saje nak review sikit.. maghi aku hupload gambar lame2, tapi please jangan gelak,sebab kehitaman lalu..tapi..SILALAH GELAK.. sebab Encik Buah Hati tengok gambar nie sambil gelak macam sakai! siOt !

tue alin, Jiera ngan yantee..tehee..aku ? bukan akulahh..:p

nie lagilah bukan aku, *masih nak mempertikaikan*


aku pemain hOki tau dulu..tehee
rinduu kak pailang.. 

sumpah aku gelap dulu.. cam hape dah -___-:"









OKE! enough gelakk.. sekarang aku serius! serius sgt yang aku rindu korang giler-giler..walaupun korang tak hingat aku dah.. lebih-lebih lagi si tahi lalat atas idung, SUHAILA KHABOLLAH! yang cakap aku buat eplastik surgery.. hine naw en.. aku cume buat rawatan mandi susu! KIDDING! dah2.. aku nak sambung wat proposal Encik Buah Hati.. muuuahh!!!
LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

Sunday, November 27, 2011


You Are My bestfriends and love

Your friendship and love,
And all the wonderful things
That they bring into my life,
Are like nothing else
I have ever known.

My heart is complete
With the love we share,
And our love grows more
Beautiful each day.

I love you,
And as long as we are together,
I have everything I need.

You are with me always...
In a smile, a memory, a feeling
Or a moment we share.

You will always be 
My Forever Love

hei buah hati saye! awak jangan gelakk eyh! saye tak jiwang tau! ngade awak nak senyum sorang-sorang nape? haihhh -_____-" teheee... awak ! Lebiu...i miss you owh today, sebab awak busy sangat, tapi en awak..takper arh.. cane awak nk bejaye kalau ngadap saye je kan? pape pun jangan lupe saye.. eyh! saye demam nie..soksek..muuuah!!

LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

CERPEN PENDEK : AKU DAN DIA m/s 4

Sudah seminggu Nash mendiamkan diri, dan aku terasa begitu kehilangan tanpa arah. Nash juga secara mengejutnya mengambil cuti kecemasan, kata Nash emak di kampung sakit. itulah yang aku dengar daripada rakan sepejabat. Di pejabat pula, sepi kerana tiada seorang pun berani untuk menanyakan aku tentang Nash. Aku cuba menghubungi Nash, namun telefon bimbitnya dimatikan. "Arrgghhh! Nash, kenapa awak buat saya risau macam ni? please..On your handphone". aku bermonolog sendiri.
Aku tekad untuk mengambil cuti kecemasan juga. Aku pergi ke kampung Nash, mujur lah aku pernah ke kampungnya untuk beberapa kali dan aku telah mengenali keluarganya. Ibu Nash, Mak Jah sangat baik hati dan seorang ibu tunggal sejak bapa Nash kemalangan, semasa Nash berumur 7tahun. Sikap seorang wanita cekal yang tabah dan penyayang mendorong anak-anak nya menjadi seorang yang berjaya. Aku sebagai seorang perempuan bangga melihat hasil didikan seorang ibu tunggal dan ketabahannya.
Aku berjalan menghampiri seorang lelaki yang duduk di atas batu di persisiran pantai. Sebelum itu, aku telah kerumahnya dan bertanyakan kepada Mak Jah. Mak Jah memberitahu bahawa Nash ada di sini. Aku terfikir, ye.. ade sesuatu yang cuba disembunyikan daripada aku, kerana Ibunya Mak Jah tidak sakit! Aku melangkah dan menyapa lelaki itu. Awak...

LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

Saturday, November 26, 2011

AZAM TAHUN BARU!

Hai semua! Assalamualaikum..Salam Maal Hijrah buat semua...kita masih disini, masih diberi nafas oleh sang Pencipta untuk melihat keindahan yang diciptakan..Alhamdulillah! Aku, dia dan kau masih disini untuk berubah, untuk jadi lebih baik dari semalam.. Insyaallahh.. kepada MHC we will held a lots of activity soon..semoga semuanya berjalan lancar..Amin!


apa azam baru anda?
apa impian anda?
bagaimana pula dengan saya?
teheee....
wait for next entry yeah!

LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

Contested WHY?


ALHAMDULILLAH...sudah setengah tahun aku berhijab, dan macam-macam yang sudah aku lalui..kata-kata orang yang sangat menyakitkan hati dan naluri, namun aku masih disini..yelah kan? aku tidak hidup dek pujian tak mat dek cacian manusia.. sebab ape? bagi aku sendiri, manusia bersifat sentiasa tidak puas..dan bersifat sementara, dan menginginkan benda yang dihinanya..AM I RIGHT? 
mungkin aku tidak sebaik kau, kau dan kau yang lebih sempurna nak dibandingkan dengan insan keji seperti aku ini. kau cukup bagus dengan menghina dan mencaci orang..aku hanya mampu tersenyum dan menanti, satu hari kau akan menerima Hukum Karma . Aku tidak akan membalas, siapa aku hendak mempertikaikan pandangan orang terhadap aku? dan siapa kau untuk mempertikaikan cara aku? dan cara mereka berhijab? asalkan bertutup, tidak kisahla bagaimana mereka menutupnya..Aku juga sangat bersyukur, sebab makin ramai kawan-kawan yang bertanyakan tentang HIJAB.. yea, mungkin mereka ingin kelihatan cantik seperti

fatin suhana

maria elena

nisa kay

fatin liyana

Mereka blogger terkenal, yea sudah semestinya orang cantik seperti mereka memainkan peranan penting, mungkin mereka tidak menyangka dengan cara mereka mempelbagaikan kaedah mereka menutup aurat, ramai yang tertarik untuk menutup aurat. kan lebih indah begini..
Insyaallah saya akan mengadakan sesi menggayakan Hijab di rumah saya.. pape leyh PM saye, yes! free..korang datangla.. 29Nov 2011 Selasa lepas maghrib! yea..nak datang cuba inbox kat FB, gadis sahaja! 

LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

KAU TETAP HAMBA

jangan pernah menghina dia
kerna dia tidak berdosa pada kau
siapa kau untuk menghina ciptaan Allah?
kau menggelarnya dengan perkataan yang hina
muliakah engkau dengan menghina orang lain?
tidak bukan? jangan pernah bersikap angkuh
mungkin kau tidak sedar kekilafan itu
mungkin kata tajam itu bukan untuk kau
kau tidak merasai kesakitan itu
tapi bagi mereka yang kau hina
sesungguhnya mereka tidak minta untuk jadi begitu
dan kau juga tidak sesempurna yang kau fikirkan
janganlah engkau mendabik dada
kerna kau tetap seorang hamba

nurkilan sangat oleh saye sendiri..teheee:p
LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

Friday, November 25, 2011

RESEPI : NASI AYAM MADU CIK PUT

Hai! hari ini hari special buat mak aku yang tercinta Puan Zahirah bt Ahmad.. jadi hari ini, aku bangun awal-awal sebab nak masak untuk mak.. aku nak mak relax harinie. Jadi aku pun pikir nak masak ape, buka peti aku tengok ade ayam. so aku bajet nak masak nasi ayam la..

1st things yang kene ade adalah Ayam!
dah tanak cerita panjang, aku bagi resepi nie, suka? try buat.. tak suke sudah la... sebab blog aku, ikut aku nak tulis ape..even nak wat resepi sambal belacan, kau susah ape doe?lets start!!

NASI
bahan-bahan :
beras
air stock ayam, (rebusan ayam)
halia (tumbuk/potong)
bawang putih (tumbuk/potong)
bawang merah(tumbuk/potong)
majerin 1sudu
minyak 1 sudu
garam

cara-cara :
basuh beras, sampai bersih,tuskan. panaskan minyak dan majerin, bila da mendidih masukkan bawang putih,bawang merah dan halia. masukkan beras dan goreng sekejap -_____-"masukkan air stock ayam, (ikut brape sukatan beras)dan akhir sekali garam..masak cam biasa la!

AYAM
bahan-bahan :
ayam yang sudah direbus
sos tiram
madu
bawang putih(tumbuk)
halia(tumbuk)
p/s : campur semua lepas tue, perap dalam 30minit

cara-cara : selepas semua bahan sudah diperap, goreng ayam tue!

SUP
bahan-bahan :
air rebusan ayam
cube ayam
kulit kayu manis,
bunga lawang
halia
bawang putih
sos tiram sikit
garam

cara-cara :
didihkan air rebusan ayam,masukkan bunga lawang, kulit kayu manis,halia, bawang putih, cube ayam, sos tiram, garam! masak sehingga mendidih!

SOS
4 batang cili merah
2 bawang putih
1 inchi halia
sos tiram
garam
gula
limau nipis

cara-cara:
 tumbuk bawang putih, halia, cili merah sehingga lumat.. (jangan blander, xasli), masukkan dalam 3 sudu sos tiram, garam dan gula secukup rasa, masak atas api sampai mendidih, masukkan limau nipis.

ok done!!
malam nie, abang aku nak buat suprise plak untuk mak! cant wait!
for my love, take a good care  k! main bola elok2.. jangan beriya sangat!

SELAMAT MENCUBA!!!
LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

Thursday, November 24, 2011

SURAT UNTUK ENCIK A|M

Hai buah hati saya, bukan awak la..tapi encik A|M saya..merangkap buah hati saya + boyfie + bff + tempat carik pasal.. awak! haii.. sekarang saye tengah tengok csi kat 8tv sambil dengar lagu nie LAGU UNTUK AWAK (bace sambil dengar tau awak) sambil tue saye tunggu awak sampai rumah, saye risau sebab awak demam... and awak kene drive balik, yea awak..saye tau awak kuat.. awak hero saya kan.. tapi saye tetap risauu..saye tak peduli kalau ade orang kate saye ngade sebab saye nak tulis benda camnie dalam blog..sebab blog saye kan? suka hati saya la.. heheuk! Awakk... indah kan lagu hafiz dengan adira tue..awak, saye dah buat salah dengan awak.. awak tau kan saye buat salah ape.. saya minta maaf yea Mohammad Akmal Farhakim.. saye tak pernah amek tau sape awak.. macam awak amek tau sape saye..my bad ow awak.. sebab saye cuai.. im a bad lover.. aip2! saye cakap pasal saye dengan A|M oke..bukan pasal lover yang lepas2.. sepuk t! haih -____-"

,
moment to remember : 
awak ingat kan nie 1st time kite keluar same, 1st kite gambar same-same
kite keluar lepas pegi register ngan fahmi, mugu, herman.. kan awak kan? 
sopan saye sebab 1st time kan..:p

Awakk.. thankss! for everythings.. dari 1st saye kenal awak.. dari kite tak kenal satu sama lain.. awak add saya kat facebook..kite jadi kawan mesej..dari kite jadi classmate, kite jadi kawan biasa.. kite rapat dan jadi bff.. awak jage saya dengan cukup baik *tabik spring* saye tak cakap takder orang pernah layan saye se special awak.. tapi semua berbeza-beza la kan awak.. awak faham la kan? saya macamane..tapi saye tak pernah nak faham awak macamane.. saye cube yea awak lepas nie.. Insyaallahh.. awak, saye nak ucap terime kasih kat awak bebanyak.. *sambil pintal bantal busuk mickey mouse* sebab awak da banyak sangat menyusahkan diri awak untuk saye, takk awak..saye bukan nak emosional.. atau pun ungkit, saye nak ingat balik semua, sebab saye kan cepat lupa awak.. heee..:D 

awak la satu-satunye makhluk tuhan yang sanggup datang jumpe saye malam-malam buta sebab awak rase saye tak oke.. time tue kite kawan kan awak? sebab saye ada masalah, awak datang jumpa saye malam-malam.. time tue awak demam terok kowt.. sebelum awak pegi becuti.. awak datang jumpa saya, bawak saye pegi makan semua kan? lepas tue lepak kat bukit ampang.. dalah sejuk, saye serba salah time tue ow awak... tapi awak cakap takpe, awak kan laki *______* saye terharu gila.. 

Lepas tue, kite kelas same.. kelas dalah sampai malam, takde sape nak amek saye or teman saye time tue.. kesah pulak diorang kan? saye bukan nk banggekan awak.. tapi awak sanggup anta saye sampai Sentul Timur, tunggu saye naik taxi.. then awak patah balik, sedangkan awak kene naik 2 train untuk balik ke Shah Alam, macamane saye tak jatuh hati dengan awak?cube awak bagitau saye..

moment for remember :
makan kat johnnys, walaupun tak suke en awak..heheuk!

moment for remember :
si tahi lalat saye dengan saye kat redbox sogo -____-"


Dari situlah kita mula rapat kan awak? rapat and know each other.. tapi awak lagi tahu pasal saye..sebab saye lebih banyak bercakap dari awak..saye pulak jenis malas nak amek tau.. sorry awakk...kalau nak di list kan, memang tak dapek la kan awak.. biar saye dengan awak je tahu apa yang kita dah lalui...cume saye nak awak tau, saye sayang awak.. bukan sebab siapa awakk.. tapi sebab siapa saye bila saye dengan awak.. saye jadi diri sendiri bila dengan awak.. then sejak kite kenal.. kite tak pernah cakap on call kan awak? just bbm jea, kedekut betul awak nie, then one day, awak call saye.. then call sampai berejam-rejam.. bazir nye awak nie :p haha!

moment for remember :
skyping for the 1st time! hingat tak nok? -____-" muke awak memang tak leyh blah sebab awak segan, 1st time kan skype..kecohh awak mok..

Activity harian.. pegi kelas, jumpa kat kelas.. makan same-same, balik same.. awak anta kat sentul timur, then awak tunggu saye balik naik taxi, saye naik taxi terus mesej awak.. awak amek train g kelana jaya, sampai rumah, call saye.. kemas-kemas... skype sampai tidur...heeeeeeeee
comel jea kan awak?? moment camnie, hanya datang sekali, tak dapat nak ulang, sebab hari-hari berikut takkan sama macam hari ini dan semalam..

Awak selalu cakap, awak ingat every single words and moment awak dengan saye.. sweet nye buah hati saye.. lepuk nak ke awak? haha.. dari 1st saye lari dari tengok wayang sebab laki tue hipokrit, bajet dan ***** sampaila sekarang, awak ingat semua benda saye cakap, eyh awak! awak pasang recorder eyh?? aiyork!main tipu ow..tak aci langsung!!kadang-kadang pelik jugak, sebab otak awak bagus sangat, hingat semua benda, sedangkan saya, pelupa nak mampos! haihh... kenapalah kau puteri..!
p/s : awak assignment jangan lupe buat 2 copy tau :p

00:28.09.10.11
moment for remember:
everything change after this date and time

''aku bahagia jadi kawan kau doe
i appreciate bila u jadi kawan baik i
saya bersyukur dapat buah hati macam awak"

tak..bukan aku nak puji dia melangit, tapi betullah kata orang.. Allah turunkan hujan sebab dia nak bagi pelangi yang cantik, dia tarik yang ada untuk bagi kita yang lebih baik.. eyh! betul lahhhh semua tue, bukan dongeng atau qoutes semata-mata..jadi jangan terlalu bersedih untuk yang telah lepas.. btw.. aku tidak pernah membenci orang yang pernah menjadi seseorang yang dinamakan kekasih dalam hidup aku..-_____-"


kesakitan dan kegembiraan yang awak corakkan buat saya tersenyum dan menangis, dan buat saya siapa saya di hati awak...awak kata senyuman saya boleh ubat demam awak, jadi saya akan sentiasa tersenyum untuk jadi ubat awak.. *bapak nk muntah sebab jiwang*

awak ingat pulak tarikh nie?

09.11.11
moment for remember:
kat depan parking kat marlis, 
awak bagitahu saya sesuatu diluar jangkaan..dan yes! u made me cry for that things..

And today, u made my day with a big smile.. and u forgive for  my mistake, yeah! stupid mistake i think..saye minta maaf yea awak.. saya takkan buat lagi.. terima kasih sebab awak susah payah jaga budak degil macam saya nie..awak marahlah saya kalau saya salah.. tangankan aje kalau tak betull.. klu sayang high 5 sikit! yeay!!btw awak jangan lupa makan ubat, saye cuti nie balik Pd, awak jage diri elok2..jangan nakal-nakal..tombok jap g..:p

moment for remember :
kantoi by zee avi.. -_____-"

LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

Sunday, November 13, 2011

PESAN EMAK..



Emak! emak adalah pekara pertama yang adik fikirkan setiap hari, mak tau tak.. adik bangga tau, dapat Emak macam mak, dan abah macam abah. sebab apa? sebab  orang lain takde, adik ngan abang-abang jea ade emak ngan abah. Mak ingat tak dulu masa kecik-kecik mak selalu takutkan adik, selalu menyorok lepas tu adik menangis cari mak, mak ingat ta? Mak pernah tanya, kenapa adik dah tak menangis bila mak hilang? adik da tak sayang mak ke?adik tak jawab kan time tue? adik senyum jea. mak tau sebab apa?sebab mak ada jawapan kepada pertanyaan mak tue. 
i love u mak 

How come adik tak sayang mak yang lahirkan adik, yang bertarung nyawa dari malam sampai ke pagi untuk lahirkan adik yang susah nak lahir , sebab adik duduk melintang time tue. Mak ingat tak, mak akan backup adik gila-gila kalau abang-abang marah adik. Mak percaya adik sangat-sangat. Mak ingat tak, mak selalu cakap adik tak sayang mak.. tapi mak tak tahu, adik sayang mak. mungkin adik nie kepala angin sikit, adik la anak mak paling teruk sekali kan mak? 

Adik janji takkan buat mak macam nie 

Adik selalu buat mak marah, adik selalu tengking mak. lepas tue, adik selalu mintak bukan-bukan. dan adik nak jugak benda tue, tak kira mahal ke murah. dan mak...mak sentiasa adakan semua untuk adik, head to toe kan mak? Mak nak adik nampak cantik sentiasa, mak nak adik semuanya. mak nak adik berjaya! kan mak kan? betapa sucinya hati mak bila, mak bersusah payah carik duit, time kita susah dulu and adik kat KL tak makan. mak ingat? adik pulak, tak habis-habis masalah kan? dah lah semua orang tak sayang adik, nasib baik mak ngan abah sayang adik kan? sebut takde duit, mak komfem bank in. mane datang duit, adik tak pernah amek kira. Adik kejam. tapi hati seorang ibu, sentiasa memaafkan anaknya.. Terima kasih mak!

Mak ingat tak malam sebelum kita tidur haritu? adik kusut.. adik ada masalah kan? dan mak cakap. Anak mak kuat, mak tau anak mak kuat, adik menangis, adik geleng kepala. mak peluk adik mak cakap. yea mak tau anak mak kuat, adik tau kenapa mak cakap adik kuat?  adik tak ingat macamana keadaan adik kat sekolah dulu? adik boleh survive.. sekarang orang baru sergah sikit, adik dah nak give up macam nie, mana puteri mak dik?mungkin sebab adik dah terbiasa disanjung kan? adik jangan pernah lupa, tak semua orang akan suka kita, tapi lagi ramai orang benci kita, lagi ramai orang suka kita. dan sebaik mana pun kita, akan ade orang yang mencari seribu satu kesalahan untuk benci kita. adik relax jea. masalah datang dan pergi.. TABAH!



Mak selalu pesan, 
-adik jangan pernah lupa dimana kita berpijak.dan jangan pernah lupa orang sekeliling kita.setinggi mana pun adik berada, tempat adik di dalam tanah juga. adik ingat mak :)
- adik jangan pandang rendah kat orang miskin, sebab adik lebih miskin dari dia kalau adik pandang hina kat dia.
- hormat orang, jangan buat jahat kat orang
- biar orang nak cakap apa, buat apa.. biar.. jangan balas, kalau adik balas. itu menunjukkan adik dengan dia sama.
- jaga diri, jaga tingkah laku. ingat Tuhan, ingat Mak Bapak kalau nak buat sesuatu.

macam-macam lagi pesanan mak, ta tertulis rasanya kalau aku terus menaip. Terima kasih tuhan , kau berikan aku keluarga yang sempurna bagi aku, mungkin aku tidak kaya dengan wang, tapi aku cukup kaya dengan kasih sayang. Sebab itu aku dilahirkan sebagai seorang yang penyayang. 

IM A LOVER, NOT A HATER.

kenapa lover? kenapa bukan hater? sebab mak kate, orang yang hidup dia penuh dengan dendam, kebencian. perasaan iri hati dan ingin menjatuhkan.. orang seperti itu, hidup tak tenang. and orang macam nie lah syaitan suka buat bestfriends.

pernah korang terpikir, kenapa nak benci justin bieber sedangkan dia tak pernah kenal korang.  * jeles lettew bieber cute *
Pernah tak korang terfikir kenapa nak fuck Dato Siti, nak benci dia sangat. sedang kan dia tak pernah kacau hidup korang. *dengar lagu dia, dah nyanyi lepas tue kutuk*
pernah tak korang terfikir, kenapa korang nak maki pekerja sogo yang muka masam lipat baju? * memang lah kerja dia, tapi penatkan? manusia kan ada face expression.
dan pernah tak korang terfikir, kalau korang berada kat tempat orang-orang yang dibenci dan dimaki tanpa sebab..
driver bas lambat pun dimaki, sebab apa? sebab lambat? jalan kat KL nie bukan macam kat kampung, boleh drift. fikirlah.. jangan terlalu memikirkan kesenangan diri sendiri.

kalau begini lah hidup kau, maki sana sini. pretending baik.. agak-agak hidup kau aman tak? berjaya tak?

Mak selalu marah, kadang-kadang terkeluar perkataan bodoh pun mak dah marah. opss! senang sangat kan mak, adik nie kumpul dosa?

Adik dengar cakap mak. dan sesiapa yang ada masih ada wanita yang digelar, ibu, emak, mama, umi, ami and so on.. hargai mereka dan buatlah mereka tersenyum sebelum mereka menutup mata. 


aku sangat2 mengambil pengajaran daripada itu dan ini yang telah terjadi ...kalau boleh..aku nak layan semua orang yang aku sayang baik2 seolah2 esok tiada lagi..esok mungkin apa2 terjadi..esok mungkin salah seorang akan pergi..malah esok mungkin tidak ditakdirkan untuk aku berbuat kebaikan lagi..

hari ini kite masih bersama..esok kite mungkin akan terpisah..
hari ini kite sihat..esok mungkin kite tiada lagi di dunia..
hari ini kite kaya..esok mungkin kita akan miskin..
hari ini kite mencintai..esok mungkin kite membenci..
hari ini dia datang..esok mungkin dia pergi..

sekiranya esok yang kita harapkan tidak menjadi..sekurang kurangnya kite tak kan menyesal kalau kite lakukan apa yang kite nak hari ini..
sekiranye esok orang yang kite sayang pergi meninggalkan kite..sekurangnye kite tak kan menyesal kalau kite sudah lakukan yang terbaik untuk memilikinya..
sekiranye esok kite menangis dan meratap atas sesuatu..sekurangnye kite tak kan menyesal kalau hari ini kite tersenyum gembira..
kerana esok pasti ada..tapi esok itu belum pasti untuk kite...

xoxo! 
lotsoflove from PN. 

LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT