Monday, December 12, 2011

HIGH EXPECTATION IN LOVE? NO WAY!

Setiap yang datang pasti kan pergi, dan setiap yang hidup pasti akan menemui mati. begitulah lumrah kehidupan yang tidak dapat ditentang arusnya. begitu juga dalam percintaan, sesetengah orang. itulah cinta pertama dan terakhir, selebihnya bercinta berkali-kali kerana belum jumpa jodoh yang sesuai.

HIGH EXPECTATION? how?why?
apabila cinta yang didambakan hadir dalam hidup, kita pasti akan berusaha sehabis mampu untuk mempertahankan cinta yang mungkin hanya berlaku sekali dalam hidup. di saat kita berada di dalam syurga cinta yang kita dan pasangan kita ciptakan, timbul perasaan ingin hidup bersama selamanya dan berjanji setia *time tengah sweet-sweet* itu adalah perkara biasa dalam percintaan, kerana itulah lumrah hidup, sentiasa ingin dicintai dan disayangi. tetapi janganlah terlalu berlebihan. bak kata orang tua-tua, 'sayang beringat-ingat, benci berpada-pada' ada betulnya kata mereka itu kerana mungkin orang yang paling kita sayang itu akan jadi orang yang kita benci disaat kita tidak ditakdirkan untuk bersama. mungkin juga orang yang paling kita benci, akan berada bersama kita seumur hidup sebagai orang yang kita sayang kelak. siapa sangka? esok masih rahsia Allah S.w.t . 

JANGAN TERLALU TAKSUB
Taksub disini bukanlah saya maksudkan tentang ajaran sesat ayah pin atau ||| , disini saya ingin mengingatkan semua pasangan bercinta, termasuk peringatan untuk diri sendiri supaya jangan terlalu meletakkan harapan sehingga menganggap pasangan kita itu adalah nyawa , jika dia tiada maka punahlah dunia. Jangan kerana cinta, kau diklasifikasikan murtad oleh yang maha Esa. Saya sendiri sedia maklum tentang impian yang diciptakan semasa bahagia milik kita. berserdahanalah dalam menjalani kehidupan, mahupun dalam perhubungan.

INSYAALLAH ,
 jika dia tercipta untuk kita.. satu hari dia akan jadi milik kita.. kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan.. jangan memanjat terlalu tinggi, kelak jatuh merana diri. 
DOA, USAHA, TAWAKAL. 

gambar hiasan .. teheee...

LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT