Tuesday, December 27, 2011

cerpen : Dosakah aku

Aku tak pasti sama ada, aku sayang dia, cinta atau hanya belas kasihan. itulah yang diungkapkan oleh Tira kelmarin, dia sendiri runsing dengan mainan hatinya sendiri. Menangis? itu sudah menjadi makanannya sejak peristiwa hitam itu. Tiada seorang pun yang tahu, apa yang ditanggungnya. Ibunya Mak Temah tidak pernah mengambil berat tentang dirinya. Kadang-kadang dia rasa sangat asing dalam keluarganya sendiri. Jika satu kesalahan yang dibuatnya, siaplah dia akan dikerjakan oleh Mak Temah, tidak cukup dengan itu. Mak Temah akan menjaja kesalahannya itu pada kakak-kakak yang bertandang kerumah apabila cuti. Dan di saat itu, hanya Tuhan saja yang tahu bila satu demi satu tomahan dan hinaan dilemparkan. Dia sendiri tidak faham, kenapa dia diperlakukan seperti itu. Walhal , abang dan kakaknya disanjung dan dilayan seperti puteri raja pabila berkunjung ke rumah dan dia , dia tidak ubah seperti hamba tidak bergaji.

"Tinggal nie je baki duit pinjaman untuk semester ini, RM 20 je? Ya Allah, mana aku nak cari duit ni? Nak pinjam kat Yana? Fiza? aku dah tebal muka dah. Duit yang aku pinjam 5 bulan lepas pun tak berbayar. Patut ke aku minta kat Mak? cubalah, mana tahu dapat. Tira berjalan menuju ke dapur dengan harapan Mak Temah memberi nya sedikit duit untuk dia pergi ke kuliah hari ini. " Mak, Tira nak pergi kuliah.. Mak ada duit sikit tak, nak buat tambang? " belum sempat Tira mematikan ayat Mak Temah sudah membalas " Ah! tak cukup lagi duit pinjaman kau? kau nak susahkan aku pula? takde! takde! Tira hampa dan terus berlalu ke biliknya.

Hamid! itulah nama yang terlintas di fikirannya, Tokan yang tidak pernah kering dengan duit. "Hello Mid, kau kat mana? aku ni Tira. Aku ada masalah, nak pinjam duit sikit boleh tak? aku nak pergi kelas ni Mid takde duit?" kata Tira tanpa henti. "Hahahaha.. sekarang mana ada barang percuma , lagi-lagi kau nak duit. kalau kau nak duit, kau tolong aku. Amacam?" Tira kehilangan akal, dan dia menjawab."Baiklah, aku akan tolong." Ok! Jumpa aku jap lagi kat tepi lorong lagi sejam, jangan lambat! Menitis air mata Tira, "Ya Allah, maafkan hambamu ini"

Ok! ni duit minyak kau, RM 150, aku bagi duit minyak ngan duit kau sekali. Kau pastikan barang ni sampai ok? Tira tidak bersuara, dia terus memecut keretanya dan pergi ke lokasi yang dikehendaki. Selesai! kerja itu sudah selesai, dan dia kini tenang menuju ke kolej. Terima Kasih Tuhan, kerana selamatkan aku!

PN27/12/2011
LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT