Friday, November 25, 2011

RESEPI : NASI AYAM MADU CIK PUT

Hai! hari ini hari special buat mak aku yang tercinta Puan Zahirah bt Ahmad.. jadi hari ini, aku bangun awal-awal sebab nak masak untuk mak.. aku nak mak relax harinie. Jadi aku pun pikir nak masak ape, buka peti aku tengok ade ayam. so aku bajet nak masak nasi ayam la..

1st things yang kene ade adalah Ayam!
dah tanak cerita panjang, aku bagi resepi nie, suka? try buat.. tak suke sudah la... sebab blog aku, ikut aku nak tulis ape..even nak wat resepi sambal belacan, kau susah ape doe?lets start!!

NASI
bahan-bahan :
beras
air stock ayam, (rebusan ayam)
halia (tumbuk/potong)
bawang putih (tumbuk/potong)
bawang merah(tumbuk/potong)
majerin 1sudu
minyak 1 sudu
garam

cara-cara :
basuh beras, sampai bersih,tuskan. panaskan minyak dan majerin, bila da mendidih masukkan bawang putih,bawang merah dan halia. masukkan beras dan goreng sekejap -_____-"masukkan air stock ayam, (ikut brape sukatan beras)dan akhir sekali garam..masak cam biasa la!

AYAM
bahan-bahan :
ayam yang sudah direbus
sos tiram
madu
bawang putih(tumbuk)
halia(tumbuk)
p/s : campur semua lepas tue, perap dalam 30minit

cara-cara : selepas semua bahan sudah diperap, goreng ayam tue!

SUP
bahan-bahan :
air rebusan ayam
cube ayam
kulit kayu manis,
bunga lawang
halia
bawang putih
sos tiram sikit
garam

cara-cara :
didihkan air rebusan ayam,masukkan bunga lawang, kulit kayu manis,halia, bawang putih, cube ayam, sos tiram, garam! masak sehingga mendidih!

SOS
4 batang cili merah
2 bawang putih
1 inchi halia
sos tiram
garam
gula
limau nipis

cara-cara:
 tumbuk bawang putih, halia, cili merah sehingga lumat.. (jangan blander, xasli), masukkan dalam 3 sudu sos tiram, garam dan gula secukup rasa, masak atas api sampai mendidih, masukkan limau nipis.

ok done!!
malam nie, abang aku nak buat suprise plak untuk mak! cant wait!
for my love, take a good care  k! main bola elok2.. jangan beriya sangat!

SELAMAT MENCUBA!!!
LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT