Sunday, November 27, 2011

CERPEN PENDEK : AKU DAN DIA m/s 4

Sudah seminggu Nash mendiamkan diri, dan aku terasa begitu kehilangan tanpa arah. Nash juga secara mengejutnya mengambil cuti kecemasan, kata Nash emak di kampung sakit. itulah yang aku dengar daripada rakan sepejabat. Di pejabat pula, sepi kerana tiada seorang pun berani untuk menanyakan aku tentang Nash. Aku cuba menghubungi Nash, namun telefon bimbitnya dimatikan. "Arrgghhh! Nash, kenapa awak buat saya risau macam ni? please..On your handphone". aku bermonolog sendiri.
Aku tekad untuk mengambil cuti kecemasan juga. Aku pergi ke kampung Nash, mujur lah aku pernah ke kampungnya untuk beberapa kali dan aku telah mengenali keluarganya. Ibu Nash, Mak Jah sangat baik hati dan seorang ibu tunggal sejak bapa Nash kemalangan, semasa Nash berumur 7tahun. Sikap seorang wanita cekal yang tabah dan penyayang mendorong anak-anak nya menjadi seorang yang berjaya. Aku sebagai seorang perempuan bangga melihat hasil didikan seorang ibu tunggal dan ketabahannya.
Aku berjalan menghampiri seorang lelaki yang duduk di atas batu di persisiran pantai. Sebelum itu, aku telah kerumahnya dan bertanyakan kepada Mak Jah. Mak Jah memberitahu bahawa Nash ada di sini. Aku terfikir, ye.. ade sesuatu yang cuba disembunyikan daripada aku, kerana Ibunya Mak Jah tidak sakit! Aku melangkah dan menyapa lelaki itu. Awak...

LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT