Friday, October 14, 2011

DILEMA KAWAN KE KEKASIH?

hai, dah 3 hari tak tulis blog, rase nyer macam something missing, nak wat assignment pown macam gundah gulana.. sebab macam-macam benda nak pikir dan sedang pikir. Ya Allah, ringankan beban hambamu ini, permudahkan perjalanan harianku. Amin.
so hari ini, aku nak buat satu entry, yang aku terfikir sejenak aku bangun dari tidur. tentang Dilema kawan ke kekasih? berdasarkan survey yang aku lakukan di facebook.

survey: kawan dengan kekasih.dalam masa yang sama, 
kawan dan kekasih awak ajak awak keluar, 
sape yang awak akan follow?kawan atau kekasih?



9 dari 10 menjawab mereka memilih kawan. *mungkin dorang takde kekasih :p*



pada pendapat aku sendiri? *dari side view kekasih* its depend on situation, takkan la if kau ngah berbunga, *baru bercinta* ataupun lepas nie kekasih kau akan sibuk,for sure aku akan spend time dengan kekasih aku, but its doesnt mean aku tak ingat kawan-kawan. Bagi aku, its normal things, kalau kawan kita baru je bercinta dan dia jarang nak spend time dengan kita, sebab dia sedang berbunga. kalau lepak pun handphone komfem melekat jea kat tangan 24/7. korang nak macam tue? badan dia dengan korang, tapi hati dia kat tempat lain. dah jadi tak best kan? at least bagi space kat kawan yang baru bercinta tue, berbunga-bunga. :) tapi aku juga tak memaksudkan kekasih baru itu lagi penting dari segala-galanya. tapi time and moment orang sedang bercinta, berharga kan? tak gitu?

Jika aku di sideview kawan-kawan itu pula, mula-mula for sure aku akan terasa kehilangan, atau erti kata lain, MAK SENTAP NOK! kan? tapi cuba fikir balik, fikir jika kau berada di tempat kawan kau yang tengah berbunga itu, kau akan melakukan pekara yang sama. percayalah.kalau kau betul kawan dia, bagi dia space sikit.just be a positive thinker. tak kemana kawan kau tue, nanti dia cari kau juga. kekasih boleh putus, kawan takkan putus.but its doesnt mean juga, just bercinta untuk sementara, its depends macamana kau handle benda nie la. :) 

so bagi yang berada di dalam dilema ini, bijaklah menjaga hati semua orang, kau tak boleh jage hati kekasih kau je, hati kawan pun kene jaga, dan sebaliknya. hati kekasih harus kau pelihara.
dont think futher, but beyond...

kepada si kekasih, tabahkan hati, mungkin mereka tidak mengerti. cuba berfikiran positive supaya si dia tak runsing sebab benda sekecil ini. :')

kepada kawan-kawan itu, cuba kau letakkan kau dalam situasi kawan kau, apa kau rasa? sedihkan? kau patut paham dia lebih, sebab kau da kenal dia lama.

KAWAN DAN KEKASIH

Antara kawan dan kekasih
Yang mana harus kau pilih
Kawan pengubat kesunyian
kekasih penyembuh kelukaan

antara kawan dan kekasih
Yang mana harus didahulukan?
kawan tempat mengadu
kekasih tempat bermadu

Antara kawan dan kekasih
keduanya tak bisa kusisih
kawan menghulurkan bantuan
kekasih memberiku sokongan

antara kawan dan kekasih
keduanya aku harapkan
kawan sekuntum senyuman
kekasih sepenuh perhatian

Antara kawan dan kekasih
Bilakah akan kutemui
kawan sejujur kata
kekasih setulus setia

andai kawan itu kekasihku
andai kekasih itu kawanku
akan kuhadiahkan
sedalam lautan
setinggi kayangan
kasih syg tiada sempadan...

LIFE"S IS TOO SHORT TO LIVE IN WITH A MISERABLE THING, JUST ENJOY EVERY MOMENT YOU HAVE 





LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT