Thursday, April 21, 2016

Tips memulakan perniagaan atas talian (online)

Harini, put nak berkongsi tips atau cara untuk newbie kat luar sana yang nak mencari duit lebih. Almaklumlah, 2016 nie semua naik harga, dengan kos sara hidup yang tinggi, kita perlu sahut seruan menteri supaya membuat kerja lebih dari 1. Chewahh.. Tapi nie tips untuk newbies tau, yang dah pakar jangan baca.

Put tak lah otai pon dalam bidang nie, baru 4 tahun dan masih kurang ilmu pengetahuan tentang perniagaan. Oleh kerana put masih lagi bawah jagaan mak ayah, put tak boleh pergi mana-mana seminar. Lepas kahwin nanti baru boleh pergi dengan suami. Takpe... kita belajar secara atas talian, untuk sapa-sapa yang senasib. jangan risau, kita boleh beli buku dan bahan rujukan lain. Insyallah...

Ok, berbalik pada tajuk diatas.

TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN ATAS TALIAN  

Agent Dropship.
Jika anda tiada modal yang banyak, put cadangkan anda join dropship product yang anda betul-betul minat dan boleh jual. Seeloknya anda dalami product yang ingin dijual, perlu ada soul dalam perniagaan. Bila promote tue , ceritakan pengalaman anda sebagai pengguna, insyallah berhasil. Elakkan jual terlalu banyak product pada awal perniagaa, cukup dengan product yang anda betul-betul faham. Perlu diingatkan, dunia perniagaan ni, x semudah disangka. jangan lah kerena kita promote takde orang beli dan like kita terus give up. nanti kita ajar teknik macamana nak pikat hati customer melalui bait-bait caption. Tapi sebagai dropship, put sarankan korang try test sendiri produk korang jual, then korang tangkap gambar sendiri dan buat research sikit, jangan terlalu minta suap dengan leader.
PS : put ada open dropship untuk nudeskinz dan dermaroller. Boleh whatsapp put di +601126240609 jika betul-betul berminat dan mempunyai semangat yang kuadd..


Product.
Kalau anda ada modal lebih, boleh jadi agent sesatu product tue, kalau ada banyak lagi duit bolehlah jadi stokis terus, tapi kene pandai recruit orang bawah juga. supaya product cepat terjual. tak kesahlah produk apa yang dipilih, margin rendah atau tinggi. Nak jual tudung ke, nak jual baju ke, lens ke skincare ke. x kesah asalkan kita ada minat dan ilmu. Walillahi put da try banyak kali jual barang put x minat, memang x jadi apa. akhirnya tersimpan begitu saja. RUGI!


Alhamdulillah, pada tahun keempat nie, put dah berjinak-jinak jual product sendiri iaitu set skincare untuk rawat kulit. which is NUDESKINZ.Product put nie baru keluar on january, masih baru lagi. kalau ada masa bolehlah jenguk ya??


Modal 
Nah.. kalau boleh, elakkan buat pinjaman di awal penglibatan dalam bisness. bukan apa, takot anda hilang semangat nak bisness.. mane tak nya, asyik bayar hutang, untungnya tak nampak. mood akan down dan akan mudah hilang arah. Kalau ada sikit kita mulakan dengan sikit, put 4 tahun lepas mulakan perniagaan dengan RM160 sahaja, beli mask hitam kat daiso.



Supplier
Ni antara benda penting, sebab apa? kalau salah pilih supplier duit lesap kau pon kecundang. Oleh itu study betul-betul. jangan main pakai beli je, sekarang boleh tahan ramai scammer, lagi satu elakkan MLM pada awal penglibatan perniagaa, bukan apa. orang atas kaya, pakai kereta besar semua, yang kau mampu bergambar jela kat kereta dorang. nak join MLM kalau duit beribu dialukan. sebab apa? sebab cepat dapat duduk atas. 

Graphic dan ayat promo.
Teknik gambar dan ayat promo nie, antara salah satu benda yang utama korang kene titik beratkan. bukan apa, cuba kalau gambar kelabu jelas xjelas, caption pon macam orang xtahu apa-apa atau erti kata lain ala kadar. percayalah.. orang xkan mudah tertarik. belajar cara ambil gambar dengan jelas dan teknik tulis caption yang betul. do some research before start bebeh. Dont forget to be creative, guna otak betul-betul dan jangan cepat kata kat diri sendiri, aku tak mampu. memang xkemana lah sayang oih..


Testimoni.
Testimoni sangat-sangat penting untuk menarik minat customer untuk mencuba product kita, kalau ada artis atau insta famous pakai product kita itu bonus. tapi put dah serik bagi sebab end up kita macam pengemis nak suruh dorang upload product kita kat page dorang. Jadi gunakan real testimoni, minta jasa baik pelanggan anda selfie dengan product, upload kat instagram atau facebook, bagi potongan harga utk next order kalau dorang bagi kerjasama. Kalau jenis yang jual tudung, minta jasa baik customer share feedback dorang pakai tudung awak, kalau jual minyak rambut, suruh dorang selfie sambil pegang rambut :p lagi banyak testimoni, lagi tinggi peluang untuk menambat hati customer.



Teknik Pukau.
kita tak perlukan bomoh di alam maya, cukup dengan post gambar berkaitan product berulang kali dengan graphic yang berbeza-beza. mula-mula susah sikit, lama-lama pandai lah nanti. berikan idea dan tips untuk pelanggan, dan selitkan kebaikkan product kita sekali. bak kata orang, sambil menyelam minum air.
Biar orang bare in mind yang kita nie peniaga. dan ingat sentiasa produk kita. buat dorang rasa eh rugi kalau xbeli nie, tapi ingat.. jujur dalam perniagaan.. jangan tipu customer dgn tak pos barang pulak. 


Packaging, dan pembungkusan.
Pastikan cara kita bungkus tue, customer akan dapat dengan selamat tanpa kerosakkan. bukan apa, kadang kita rasa macam da cukup secure, tiba-tiba pecah or terbuka. Kan da rugi, kene ganti baru. Gunakan pembalut bubble dan selotip, balut dengan kemas dan pastikan alamat customer tue betul. Pastikan lepas pos barang, jangan buang slip dan tracking no, incase barang xsampai..korang boleh checkkan. Oh, pelbagai service curier sekarang dah ada kat malaysia, ada pos laju (paling top) then ada skynet, easy parcel, citylink, airpark, dhl, fedex dan lain-lain. Put sendiri menggunakan perkhidmatan pos laju since day 1 put meniaga. Alhamdulillah.. walaupon kadang-kadang slow.. tapi itulah yang paling murah dan dipercayai.


Akaun bank.
Akaun bank paling common orang guna adalah, cimb dan maybank. dan make sure korang activekan online banking supaya senang nak check customer masuk duit betul ke tidak, sebab orang sekarang makin bijak menipu. ala, buka account dalam RM250 je.duit tue dapat balik pon.


Customer Database.
My big mistake dulu sebab amek mudah, padahal macam-macam boleh buat dengan database nie.
Database tue ape? nahh put pon baru belajar benda nie selepas 4 tahun, database nie info pasal customer untuk kita guna untuk adakan promotion atau info product. tapi paling tidak pon simpan je whatsapp no.tapi sangat penting tau untuk korang simpan data customer untuk rujukan masa akan datang, contohnya tiba-tiba ada customer marah-marah cakap dia guna produk kau then muka dia hodoh, rosak. then dia suruh kau bank in kat dia duit, kalau takda database macamana nak check berapa kali dia beli dan dia betul-betul tak menipu. base on my experience kene kelentong dgn customer macamnie, beli 1 set tapi cakap 1 keturunan pakai muka rosak, dato nenek, mak tiri semua, officematte.. end up bila check da setahun beli lepastue sekali je pulak tue. Database boleh dibuat menggunakan excel. 
Detail penting untuk database ape?? pernah x beli barang kat lazada ke zalora ke? pernah? detail time dia suruh kita sign up itulah database.

Akaun jualan / belian.
hehehe.. memang malas sebenarnya nak buat lagi-lagi kalau dah tinggal berminggu, lenguh bak hang. buat nie secara consistent, jangan jadi macam put, put pemalaihh. ala buat akaun simple ja. untuk rujukan bulanan, senang nanti kira untuk bayar zakat. Perkara penting dalam account jualan adalah (date, customer detail, item, price, cost, postage, untung bersih, tracking no, ref) manakala detail penting dalam acc belian adalah (date, produk, supplier, baki ditangan, restock item, total, price, ref)


Semangat dan konsistent
2016 nie, seperti yang kita tengok..memang ramai usahawan berjaya dan ramai juga usahawan baru yang menceburi bidang perniagaan online ni, tak dinafikan sukar untuk menapak dan bersaing dengan otai-otai lama yang dah stabil dan bermula 5-6 tahun lepas, time tue tak ramai lagi yang meniaga, orang pon percaya xpercaya. Semangat kene kuat gaiss.. then kene konsistent, jangan skip pos, biar orang ingat dan lekat kat otak produk yang awak jual.sehari make sure 3-4 kali pos pada waktu kemuncak. apa itu waktu kemuncak? put akan share di next entry.





LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT

Tuesday, August 11, 2015

TIPS ! HILANGKAN PARUT 100%

Sengetkan kepala awak..hihik!

PS :Put is not letak, put stand for Puteri aka Cikput.


Azwan Ali : Muka dah macam kawah bulan dah kau nie.
Azlina : Kau patut duduk rumah sorok muka kau bawah kipas.
Maselan : Adakah mata aku kabur sampai kau nampak buruk sangat?

Pernah tak korang alami mulut-mulut puaka macamnie?? Sedih dia takyah cakap, I feel u sebab put ade dalam keadaan muka teruk tahap kritikal mata dgn mulut je takde jerawat tau.. 
ALL OVER MY FACE ade jerawat bengkak-bengkak yang teruk!

Allahhh..time tue, perasaan sape yang tak hiba orang gelar kau jerawat, kawah bulan dan kau Nampak berusia gila kot on that time, sampai makcik pon boleh panggil kau akak . (Makcik tue sebenarnye perasan muda )

hmmm.. nak share lg tak gmbr time muka tengah disaster?
thanks sayang terima saya seadaanya, awak jea yang terima muka hodoh saya time nie


Put struggle dengan jerawatt teruk nie dalam 1 years, selepas guna 1 produk nie.. fyi my face alah dgn chemical, nanti dia akan naik rashes teruk, then akan membengkak-bengkak.. That’s why my face senang naik jerawat, sensitive kot! And that’s why I try my best utk diri sendiri, untuk kebaikkan diri sendiri dan orang ramai, supaya tak tertipu dengan helah nak cepat cantik nie. Because i always tertipu dgn iklan dorang. heheheh...Semua orang risau, especially farhakim and of kos Mak, sampai bawak pergi jumpe ustaz tanye, tapi ustaz cakap ade orang dengki, dia hantar santau kulit. But yela, kuasa Allah, we need to redha... soooo.... 

Mostly customer yang cari put ade 3 tujuan.
  1.    NAK PUTIH
  2.    NAK HILANGKAN JERAWAT
  3.    NAK HILANG KAN PARUT 


Ini antara top request dari customer Put, awakkkk tau tak kulit putih nie susah jaga? Calar sikit sebatu dah nampak. Tapi apekan daya semua nak cerah gebu gebas kan? Put usahakan, cari terbaik untuk semua.  But harini put taknak cerita pasal nak putih. Fokus kita harini ialah ‘ PARUT BEKAS JERAWAT’ especially hat yang berlubang tue. Cuba macam-macam tapi tak jalan kan?

Nak tau put buat macamana dengan kesan-kesan parut jerawat teruk nie.. jeng jeng jeng!

tadaaaaa... seriusly i didnt expect my face akan getting better.
hmmm korang feel me tak?? rase macam nak nangis tengok perubahan diri sendiri.
even make up doesnt lie too me, kalau muka bergerutu mekap pon xkan licin .sobsob!



Put cerita dari A sampai Z la eh, dari jage kulit sampai jaga parut . Nie put kasi petua, exclusive untuk pembaca put yang setia. Boleh click follow untuk next petua okay. CHING!  (angkat kening)



    WATER 
Hang kena banyak minum air, jangan dok balun air manis ja, tak elok. Minum air putih tue banyak-banyak! Kalau air mineral lagi bagus, bagus dari drinking water sayangku. Jangan bagi alasan malas, nanti buruk pon kau bebel juga.





      EAT CLEAN & DETOX
Makan buah-buahan macam kiwi, tembikai, nenas epal hijau, sayur sayuran dan makanan wajib dikurangkan minyak. Buat air detox, kalau malas sangat amalkan teh roiboss setiap pagi, antioksidant dia tinggi oih! Kalau time korang tetibe amalkan dan jerawat banyak keluar, then badan korang banyak toksid, sila jangan berhenti yea? Oh! Ayammmm pon can cause acne tau. Kalau rase payah nye nak kunyah, korang buat jus. Yes! Jus senang kan? Tapi make sure pure la, tak nak la campur air sebaldi. Well hello, xbermaksud korang tak boleh makan makanan yang biasa korang makan, cumaaa less is more baby.Dan jangan lupa kurangkan manis dalam minuman.


SKINCARE

Seperti semua sedia maklum, put nie jenis berani mati cuba produk itu ini. Masa muka elok guna flawless skincare, put pergi gatal tukar produk 1 tue, dan utk pengetahuan semua, put sekarang tengah jadi tikus makmal utk produk baru put xlama lagi. Insyallah..
doakan.. da 4x tukar formula, tetap naik jerawat weolls..huk!OK tapi now mmg stick dengan flawless skincare jea, tue amat membantu, selain dari Weekly pakai Clay mask, dan other things..


     HYGIENE 
Yang ke empat , bilik , tuala mandi, tuala lap muka, make up brush, tudung, baju dan what so ever… please please please take a good care ! Paling penting adalahhh sarung bantal! CUCI, tudung jangan dok peram sampai sebulan baru cuci sedas! Tuala jangan dok perap, pergi jemur kat tengah panas hari-hari, jangan biar masam! Tuala lap muka kalau boleh cuci eberydayyy susah sangat guna tisu! GERAM nie.. hehehe.. make up brush penting! Bila da berkuman, hari-harilah kau sapu kuman kt muka then whatsapp put, why my face breakout eh.. ehhh reti jage kebersihan tak awak nie sayang? Sarung bantal tue tukar every week , kalau malas sangat lapik kain batik then tidur. Please don’t sleep with rambut macam kak limah, ikat sanggul and sleep well.

   TIDUR
 – Tahu tak, waktu malam sekitar jam 12am sampai 3am kulit anda menggantikan sel 2x lebih efektif berbanding siang. Jadi untuk mendapatkan kulit yang cantik, uolls perlu sangat jaga kualiti tidur uolls. Tidur lambat, akan menjadikan muka korang lesu dan kusam. Hat nie put loser, memang susah tidur malam. huhuhu

   EXERCISE
Hmmm.. macam tak penting ye dak? Tapi tau x, bila kita exercise tue, rembisan peluh tue bagus keluarkan toksid dari badan. Sebab tue jarang ahli sukan ade skin problem.. tapi depends la, kalau benda lain dia tak jage, tak jadik juga kan. hohok!


 SUPPLEMENT
Put tak tinggal makan vitamin c, yela mane tak nye sebotol boleh tahan 8 bulan. hihik! kadang-kadang termiss juga, yang penting, makan supplement kene banyak minum air, sometimes kalau teruja dengan iklan put try other supplement macam olicandy dan placenta white. NOT Bad, so far put suka olicandy, and suggest korang try olicandy.




CARA HILANGKAN PARUT DENGAN CEPAT
okay, normally my skin xkan jadi terus elok tanpa tumbuh seekor pon jerawat bulanan. then tinggal parut, so how i handle with parut?? So mula-mula put guna 1.0mm , utk parut berlubang, now put just guna 0.5mm utk parut biasa and maintain... Jangan picit jerawat sangat okay?Cepat sangat dermaroller nie hilangkan parut, cik put sukaaaaaa


MAINTAIN DAN ROUTINE
Jangan ingat harini buat , esok tak buat minggu depan baru buat balik, kulit awak akan elok. dan jangan ingat buat harini terus chingggg wow! elok da kulit.. NO! which is korang kene istiqomah, macam beribadah juga, istiqomah dalam semua perkara.

NIE LIST PRODUCT PUT GUNAKAN

Daily - Flawless skincare 4 in 1. RM90
Acne care - Acne Cream flawless RM30
Weekly - Aztec clay mask. RM50
Parut - Dermaroller RM80
Serum - Serum Sensual vitamin c. RM7 /PCS

Suplement - Nowfood vitamin c rosehip  RM100
 Olicandy RM55



BOLEH USHAR semua product nie dekat instagram bawah nie
jangan risau, semua benda nie tahan, and tak perlu beli serentak pon, beli mana mampu dan perlu dulu okay??

Skincare & Suplement     https://instagram.com/puteridamiaa__/
Dermaroller      https://instagram.com/dermaroller.malaysia/
jangan lupa follow shopping port puthttps://instagram.com/mia_cattura/


LIKE MY PAGE




LIKE DAN SINGGAH KEDAI ONLINE PUT